suria

Pernah rasa gatal di telinga? Mungkin jerawat puncanya, 5 cara ini dapat atasinya

Kemunculan jerawat di mana-mana pada badan akan berasa tidak menyenangkan terutamanya jika ia muncul di telinga.

JERAWAT tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kini hingga ada yang mengalami gejala berjerawat bertahun lamanya, namun kemunculan jerawat pada telinga kadangkala boleh berlaku.

Biasanya, jerawat boleh muncul pada permukaan wajah hingga berasa tidak menyenangkan terutamanya jika jerawat muncul di kawasan yang tidak dapat dilihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahukah anda... cahaya skrin telefon antara 7 punca rasa letih sebaik bangun tidur

Selain muka, terdapat beberapa tempat lain yang boleh ditumbuhi jerawat, salah satunya adalah telinga. Kemunculan jerawat di telinga, terutamanya di saluran sensitif boleh menjadi sangat menyakitkan.

Bagaimanapun, apabila jerawat muncul ikuti beberapa cara mengatasinya tanpa memicit atau menekan, termasuklah;

1. Biarkan ia sembuh sendiri

Membiarkan jerawat di telinga sembuh dengan sendirinya adalah perkara terbaik yang boleh dilakukan.

Menurut Very Well Health, anda sememangnya tidak boleh menggunakan alat untuk menghilangkan jerawat di telinga. Ia mampu menyebabkan cedera pada telinga, termasuk merosakkan gegendang telinga.

2. Air suam

Menggunakan penghangat seperti kain dibasahi air suam membantu membuka pori-pori pada kulit, termasuk telinga. Selain itu, ia boleh membuat jerawat kering dengan sendirinya.

Apabila menggunakan air suam, pastikan air tidak terlalu panas kerana ia boleh menyebabkan telinga melecur.

3. Krim retinoid

Menggunakan krim retinoid boleh membantu dalam mencegah dan merawat jerawat pada telinga, ia juga mengandungi vitamin A yang membantu menipiskan kulit di sekitar jerawat.

Secara teorinya, krim tersebut digunakan untuk merawat dan meratakan kulit kerana sifatnya yang boleh melarutkan jerawat pada kulit.

4. Minyak pokok teh

Pelbagai produk herba sememangnya mampu merawat jerawat dan boleh disembuhkan walaupun memerlukan sedikit masa.

Namun, banyak kajian mengatakan minyak pokok teh adalah salah satu ubat yang paling diteliti dan dipercayai untuk menyembuhkan jerawat.

5. Hilangkan minyak berlebihan

Memetik Healthline, menyingkirkan minyak berlebihan pada kawasan yang mudah ditumbuhi jerawat mampu menghalang kemunculan gejala itu terutama di telinga.

Apabila seseorang kerap melakukan pembersihan wajah, menjaga sekitarnya melalui produk pilihan yang dipercayai berkesan, mungkin ia boleh dikatakan usaha untuk mencegah penumbuhan jerawat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain