suria

Bukan sekadar aksesori! Ear seeds yang dipakai Lisa Blackpink rupa-rupanya beri manfaat kesihatan

Lisa Blackpink juga dilihat menggunakan ear seeds.

IDOL K-pop sering tampil mengenakan pelbagai aksesori seperti rantai, gelang tangan, cincin dan sebagainya sebagai pelengkap gaya mereka terutamanya ketika mengadakan persembahan pentas.

Bagaimanapun aksesori telinga yang dipakai Lisa yang juga anggota kumpulan Blackpink mencuri perhatian peminat kerana ia bukan aksesori biasa yang sering dipakai di bahagian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya 3 cara, corak dan pewarna kuku pasti tahan lama!

Rupa-rupanya, Lisa sering mengenakan ear seeds yang bukan sahaja berfungsi sebagai aksesori tetapi memiliki pelbagai kebaikan untuk kesihatan.

Seperti namanya, ear seeds berbentuk seperti biji kecil dan 'ditanam' di beberapa bahagian telinga sebagai alat akupuntur.

Ear seeds termasuk sebagai salah satu jenis terapi auriculo iaitu perubatan tradisional Cina yang memfokuskan pada kawasan telinga. Terapi itu dibuat bagi meningkatkan pelepasan endorfin tubuh.

EarSeeds-1158235603770x533-1

Terdapat pelbagai manfaat menggunakan ear seeds.

"Dalam perubatan Cina, telinga mempunyai mikrosistem daripada seluruh tubuh dengan pelbagai titik tekan yang melakukan pelbagai perkara termasuk menghilangkan rasa sakit, membetulkan sistem penghadaman, menyeimbangkan hormon dan menenangkan fikiran," jelas pakar perubatan tradisional, Shari Auth.

Berikut adalah beberapa manfaat penggunaan ear seeds.

1. Melegakan sakit punggung

Kajian yang dilakukan pada 2013 mendapati ear seeds mampu mengurangkan rasa sakit dan meningkatkan pergerakan pada 19 orang yang mengalami sakit punggung.

2. Insomnia

Sebuah kajian pada 2015 mengkaji 15 jurnal tentang akupuntur dengan menggunakan ear seeds untuk mereka yang menderita insomnia. Hasilnya, kajian itu mendapati bahawa kombinasi ear seeds dan akupuntur mampu meredakan masalah tersebut.

ear-seeds

Ear seeds adalah salah satu bentuk akupuntur.

3. Mengurangkan rasa sakit

Dengan menggunakan ear seeds, seseorang dapat mengurangkan rasa sakit yang dialami malah kajian pada 2015 membuktikan perkara itu apabila rasa sakit 16 koresponden berada pada tahap minimum selepas meletakkan ear seeds di telinga mereka.

4. Mengurangkan tekanan

Ear Seeds sangat baik untuk meredakan tekanan, kebimbangan melampau, kemurungan serta membantu pesakit dengan masalah ini untuk tidur dengan lebih baik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

ear seeds, Lisa Blackpink, aksesori, Mode

Artikel Berikut

Artikel Lain