suria

Biar betul! Diet telur rebus boleh turunkan berat badan dalam 3 hari? Fahami faktanya

Telur rebus mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan.

TERDAPAT pelbagai jenis diet yang boleh dicuba jika ingin menurunkan berat badan dan salah satunya adalah diet telur rebus. Diet telur rebus dikatakan boleh menurunkan berat badan anda hanya dalam tempoh tiga hari! Biar betul?

Telur sendiri kaya dengan vitamin, mineral, lemak baik dan protein berkualiti tinggi. Protein merupakan sumber tenaga yang penting untuk tubuh selain karbohidrat dan lemak.

ARTIKEL BERKAITAN: Runsing seluar nampak sendat sebab kaki besar? Ini 5 cara kecilkan paha, betis anda

Ketika melakukan diet, telur boleh dijadikan antara menu kerana ia sangat bermanfaat dan bukan sahaja dapat menurunkan berat badan tetapi berkhasiat.

Telur Rebus 3

Telur rebus boleh dimasak dengan pelbagai cara agar lebih enak tetapi menyihatkan.

Healthline melaporkan diet telur rebus merupakan sejenis pemakanan yang menjanjikan penurunan berat badan dengan lebih cepat dan ia diperkenalkan oleh Arielle Chandler pada 2018.

Ketika melakukan diet itu, seseorang hanya disarankan makan beberapa biji telur setiap hari bersama dengan protein tanpa lemak yang lain. Selain itu, boleh juga menggabungkan telur rebus dengan sayur-sayuran bersama buah-buahan rendah karbohidrat dalam diet.

Arielle memberitahu diet telur rebus yang rendah karbohidrat dan kalori ini dapat membantu menurunkan berat badan sehingga 11 kilogram dalam tempoh dua minggu.

Jadi bagaimana cara yang betul mengamalkan diet ini?

Telur Rebus 4

Bagi yang sedang berdiet, disarankan makan beberapa biji telur setiap hari.

1. Untuk sarapan, makan setidak-tidaknya dua biji telur rebus setiap hari. Pastikan tidak mengambil sebarang makanan lain atau snek ringan.

2. Bagi membuka selera, boleh gandingkan telur rebus dengan sayur-sayuran seperti tomato atau asparagus. Manakala untuk makan tengah hari dan malam, boleh dihidangkan bersama protein tanpa lemak seperti dada ayam atau ikan.

3. Bagaimanapun diet telur ini hanya disarankan untuk dilakukan selama beberapa minggu pada satu-satu masa. Selepas itu, boleh kembali kepada pola pemakanan biasa.

Tetapi itu bukan bererti boleh makan apa sahaja sebaliknya teruskan dengan pemakanan seimbang agar berat badan tidak kembali naik mendadak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain