suria

Awas, jangan silap teknik! 6 gaya solekan ini akan buat wajah anda nampak tua

Solekan yang tebal membuatkan seseorang nampak tua dan mengurangkan lembapan pada wajah.

PERNAH terfikir kenapa selebriti Korea sentiasa kelihatan muda dan gebu? Malah kulit mereka yang licin mampu membuatkan sesiapa sahaja jatuh hati.

Senang kata, selain pengambilan makanan seimbang, mereka turut merawat kulit menggunakan produk complexian yang berkualiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Sama tapi tak serupa! Jom ambil tahu perbezaan BB Cream dan foundation

Warna bibir mereka juga cerah dan glossy, eyeliner tidak terlalu tebal, dan tak perlu bulu mata palsu yang memberatkan mata. Jelas terbukti cara solekan tertentu boleh mempengaruhi penampilan wajah seseorang.

Secara teorinya, pemakaian makeup yang ringan dan melembabkan membuatkan wajah kelihatan skin-like, natural, dan muda. Namun awas, beberapa gaya solekan boleh menyumbang kepada penampilan muka yang tua, termasuk;

1. Bibir matte

Keunggulan lipstik matte adalah daya ketahanannya yang berkualiti tinggi dan tidak perlu disapu berulang kali, lebih-lebih lagi ia tidak melekat pada topeng muka yang dipakai.

Akan tetapi, lipstik matte cenderung lebih kering berbanding warna bibir dengan finish satin, creamy atau glossy. Gincu matte juga boleh membuatkan garis-garis di bibir namak lebih jelas dan menyebabkan pengelupasan.

Bagaimanapun, sebilangan pakar solekan berpendapat jika menggunakan lip balm sebelum mengaplikasi lipstik matte, ia boleh melembapkan bibir seharian.

2. Lipstik warna gelap

Warna lipstik seperti ungu, burgundy, atau merah gelap, boleh membuat wajah kelihatan lebih tua secara jelas.

Jika anda lebih sukakan lipstik berwarna bold untuk kegunaan setiap hari tidak menjadi masalah, tetapi seimbangkannya dengan meletakkan sedikit foundation pada bibir untuk mengubahnya menjadi ringan dan freshy look.

Pemakaian solekan pada mata juga perlu diambil kira, agar wajah tidak kelihatan heavy look makeup.

3. Base makeup berlapis-lapis

Penggunaan base makeup seperti foundation, BB Cream, cushion, compact powder, dan loose powder yang terlalu tebal dan berlapis-lapis akan membuat wajah kelihatan seperti memakai topeng dan kelihatan lebih matang.

Ia sekali gus menimbulkan garis-garis kedutan yang jelas, terutamanya jika finishing touch-nya adalah matte.

Solekan yang tebal boleh membuatkan kulit berminyak malah berkerak, lebih-lebih lagi apabila terdedah dengan sinaran matahari.

4. Contouring berlebihan

Masih ingat dengan trend contouring yang tular pada tahun 2015-2016? Ia dikenali sebagai solekan ala Amerika dan Kardashian squad.

Walau bagaimanapun, gaya makeup yang melibatkan banyak bronzer atau contouring palette ini adalah cara mudah untuk membuat wajah kelihatan lebih tua dari usia asal.

Jika kamu ingin menggunakan contour untuk menampilkan wajah yang runcing, sebaiknya tidak perlu memakai solekan terlalu tebal dan blend dengan baik.

5. Smoky eyes

Fenomena solekan smokey eyes sohor terutamanya di era 90-an dan 2000 malah sehingga kini masih ramai yang menggunakan gaya makeup ini bukan sahaja untuk tema majlis, bahkan kegunaan sehari-hari.

Walaupun ingin tampak lebih anggun dan seksi seperti Kate Moss, Keira Knightley, atau Britney Spears namun risikonya, wajah akan tampil kelihatan tua.

Namun, masih ada solekan pembayang mata yang boleh membuatkan wajah berseri dan muda seperti warna nude, merah jambu, atau pic.

6. Bulu mata palsu atau extension tebal

Jarang sekali melihat orang Korea memakai bulu mata palsu atau eyelash yang tebal. Ini kerana, mereka lebih gemar akan gaya 'no makeup dan natural beauty' tanpa berlindung di sebalik lapisan makeup.

Berbeza dengan gaya solekan ala Amerika Syarikat, Indonesia, Arab Saudi yang sering tampil dengan penggunaan bulu mata palsu yang tebal, malah berlebihan.

Jika ingin kelihatan natural dan awet muda, disarankan untuk mengaplikasi maskara yang sebenarnya mampu membuatkan wajah tampil ringan dan tidak heavy look.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain