suria

Boleh ke guna air sejuk? Elak percaya 3 mitos tentang rawatan sendiri kulit terkena sunburn

Luka terbakar disebabkan terkena percikan minyak panas, betis yang terkena ekzos motor panas, atau terdedah dengan sinaran matahari. 

MASALAH sunburn atau kulit terbakar adalah perkara biasa yang berlaku terutamanya apabila seseorang terdedah kepada sinaran cahaya matahari untuk tempoh yang lama seperti berjemur di tepi pantai.

Ia bukan sahaja menyebabkan kulit terbakar tetapi juga ia boleh menyebabkan luka dan rasa pedih pada wajah.

ARTIKEL BERKAITAN: Sama tapi tak serupa! Jom ambil tahu perbezaan BB Cream dan foundation

Perlu diketahui bahawa, sunburn juga mempunyai tahap kerosakan yang berbeza, bergantung kepada luka dihadapi seseorang akibat terdedah kepada cahaya matahari.

Tahap pertama adalah sunburn minor iaitu hanya merosakkan lapisan kulit paling luar (epidermis). Ia akan membuatkan kulit menjadi merah, pedih dan terasa sakit.

Manakala tahap kedua, ialah kesan yang sudah merosakkan epidermis dan juga lapisan kulit kedua (dermis). Tahap kerosakan ini disertai dengan kulit menjadi bengkak dan lepuh iaitu lendir yang bergelembung pada kulit diiringi rasa sakit yang lebih parah.

Tahap ketiga pula ia telah mencapai lapisan lemak di bawah kulit. Kawasan kulit yang terbakar akan menjadi kehitaman dan kelihatan kasar, malah boleh mengakibatkan mati rasa.

Bagaimanapun, ramai cuba merawat masalah sunburn dengan pelbagai cara tradisional ataupun menggunakan petua tertentu yang dirasakan betul dan mampu memulihkan masalah itu.

Berikut adalah beberapa mitos tentang rawatan sunburn yang perlu dihindari atau masalah itu boleh menjadi bertambah buruk.

1. Cuci guna air sejuk atau ais batu

Sebahagian daripada masyarakat sudah sebati menggunakan air sejuk sebagai alternatif untuk merawat kesan terbakar. Namun, itu bukan bermakna ia mampu merawat luka yang terbakar.

Suhu yang dingin mampu merosakkan kulit dan menyebabkan luka semakin parah. Lebih-lebih lagi apabila ais batu yang digunakan hanya merosakkan sel kulit sekali gus menghambat peredaran oksigen kerana pembuluh darah yang menyempit.

2. Penggunaan bahan dari rumah

Ubat gigi, madu, mentega, dan alkohol, tidak boleh digunakan pada luka yang pedih dan terbakar. Bahan-bahan ini tidak bermanfaat sama sekali untuk meredakan gejala itu.

Bahkan beberapa di antaranya boleh meningkatkan risiko jangkitan, akan tetapi penggunaan aloe vera yang sejuk dapat melegakan rasa gatal serta jangkitan akibat sunburn.

3. Pecah bekas luka

Bekas luka yang mengering kadangkala memberikan sensasi gatal yang tidak dapat ditahan, namun jangan sesekali menggarunya.

Lepuhan (gelembung air) yang muncul pada kulit, sebenarnya adalah respon semula jadi tubuh untuk melindungi luka selama masa pemulihan, di samping mengelakkan jangkitan bakteria.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain