suria

Perbezaan sabun mandi bentuk buku, cecair dan gel... mana satu lebih baik?

Terdapat pelbagai jenis sabun mandi yang digunakan untuk mencuci badan.

SELAMA ini kita mungkin tidak peduli tentang jenis sabun mandi yang digunakan untuk mencuci badan sama ada berbentuk buku, cecair atau gel - asalkan sabun!

Tetapi sebenarnya perkara itu perlu diberikan perhatian kerana bukan semua jenis sabun sesuai dengan kulit seseorang malah faktanya, sabun berbentuk buku, cecair dan gel mempunyai fungsi berbeza, bergantung kepada jenis kulit dan tempat kita tinggal.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hanya cuci tangan, barang perhiasan diri pun perlu dibersihkan elak virus menempel... amalkan 5 langkah ini

Pakar dermatologi, Dr Ilyse Lefkowiz menjelaskan perbezaan utama di antara tiga jenis sabun ini adalah bentuk dan bagaimana produk tersebut berinterkasi dengan kulit manusia.

Sabun buku

Sabun buku lebih 'kuat' berbanding cecair dan gel.

"Kesemua jenis sabun ini mampu membersihkan tubuh tetapi sabun berbentuk buku biasanya lebih kuat berbanding dalam bentuk cecair atau gel kerana ia dapat menghilangkan protein dan lipid penting atau mengubah tingkat pH kulit serta menyebabkan kerengsaan," katanya.

Bagi yang memiliki kulit normal atau kering, Dr Illyse menyarahkan sabun dalam bentuk cecair adalah pilihan paling terbaik.

Bagaimanapun bagi mereka yang memiliki kulit berminyak dan tinggal di kawasan dengan kelembapan tinggi dan panas, sabun buku paling sesuai.

Dr Illyse turut menjelaskan sabun berbentuk cecair dan gel bagaimanapun kurang terdedah kepada kuman dan bakteria berbanding sabun buku yang kebiasaannya dibiarkan terdedah selepas digunakan.

Gel

Sabun mandi berbentuk gel lebih sesuai untuk kulit biasa dan bukan sensitif.

Bakteria dapat hidup pada sabun buku dan bertahan padanya sehingga sabun habis dipakai.

"Untuk menghindari penumpukan bakteria, sebaik-baiknya bilas sabun buku selepas digunakan dan biarkan ia benar-benar kering," katanya.

Apa persamaan dan perbezaan sabun cecair dan gel?

Kedua-dua sabun ini jelasnya adalah sama tetapi tidak serupa. Kedua-duanya merupakan sabun dalam bentuk cecair yang biasanya diperbuat daripada femollient untuk melembutkan kulit.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sabun gel memiliki konsistensi yang lebih pekat dan biasanya lebih wangi manakala cecair pula mempunyai manfaat untuk melembutkan serta melembabkan kulit dan sesuai digunakan dalam cuaca yang panas," ujarnya.

Dr Illyse berpendapat sabun dalam bentuk gel adalah pilihan terbaik bagi mereka yang tinggal dengan iklim lembab dan panas atau memiliki kulit berminyak.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain