suria

Bukan hanya cuci tangan, barang perhiasan diri pun perlu dibersihkan elak virus menempel... amalkan 5 langkah ini

Penting untuk mencuci barang perhiasan yang dipakai.

KETIKA pandemik menjaga kebersihan diri telah menjadi rutin wajib dalam mengekang penularan wabak Covid-19 yang masih berleluasa.

Mencuci tangan dengan sabun adalah antara perkara disarankan kerana kuman dan virus itu mudah menempel pada bahagian itu tetapi ada perkara yang diabaikan oleh kebanyakan orang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahukah anda wajah nampak menarik dalam cermin berbanding gambar... mungkin itu sebabnya lelaki lebih gemar melihat cermin bukan wanita

Pernahkah kita terfikir untuk membersihkan barang perhiasan seperti gelang, cincin atau jam tangan yang dipakai? Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) pernah melakukan beberapa kajian khusus mengenai perkara ini.

Dalam kajian itu mendapati kulit di bawah cincin, gelang atau jam tangan mengandungi lebih banyak kuman berbanding bahagian tanpa barang perhiasan.

Cuci Cincin 2

Jangan mencuci tangan tanpa menanggalkan barang perhiasan yang dipakai.

Jadi, sebab itu petugas kesihatan yang berurusan langsung dengan pesakit Covid-19 tidak dibenarkan memakai sebarang barangan perhiasan ketika bertugas.

Ia bagi mencegah kemungkinan penularan kuman dan virus menerusi barang-barang ini.

Atas sebab itu, kita digalakkan untuk membersihkan barangan perhiasan diri secara kerap bagi menghilangkan kotoran, minyak, debu, kuman dan virus yang menempel padanya.

Cara membersihkan barang perhiasan diri

Tidak sukar sebenarnya membersihkan barang perhiasan diri malah bahan yang diperlukan hanyalah sabun pencuci pinggan dan berus gigi

1. Titiskan sabun pencuci pinggan ke dalam bekas berisi air suam untuk dijadikan sebagai pelarut pembersih.

2. Rendamkan barang perhiasan anda ke dalam larutan itu dan biarkan selama 20 ke 30 minit.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

3. Kemudian ambil berus gigi dan berus barang perhiasan anda dengan lembut.

4. Berus gigi mampu menghilangkan kotoran terutamanya pada bahagian yang sukar dicapai.

5. Bilas dengan air bersih dan keringkan menggunakan kain lembut.

Sekiranya mempunyai mesin pengewap di rumah, kita digalakkan untuk membersihkan barangan perhiasan seperti gelang dan cincin emas menggunakan alat tersebut.

Ia bukan sahaja mampu membersihkan barangan anda tetapi mematikan kuman dan bakteria yang melekat padanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain