suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Stylo dan enak! Sneakers inspirasi nasi lemak

Sneakers Nasi Lemak dijangka mampu menandingi populariti kasut inspirasi Indomie yang habis terjual sebelum ini.

SEBELUM ini hangat diperkatakan mengenai kasut dihasilkan oleh seorang pemuda berusia 23 tahun, Jonathan Gustana yang diinspirasikan daripada mi segera terkenal Indonesia iaitu Indomie.

Hanya dihasilkan sebanyak 20 pasang, sneakers itu habis terjual hanya dalam tempoh dua hari apabila ia dilancarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Stailo! KFC X Pestle Mortar... bukti cinta anda kepada ayam goreng

Tapi nanti dulu... kini muncul pula kasut yang diinspirasikan daripada makanan kegemaran rakyat Malaysia, nasi lemak!

Kasut inspirasi mi segera iaitu Indomie habis terjual dalam masa dua hari.

Jenama pengeluar kasut terkenal Jepun iaitu Asics tampil dengan idea tersebut hasil kerjasama dengan syarikat Malaysia, Hundred%.

Kasut diberi nama GEL-Kayono 5 OG Nasi Lemak itu menggunakan warna palet melambangkan nasi lemak pada rekaannya termasuklah gabungan putih, kuning, hijau, merah dan coklat.

Warna putih misalnya melambangkan nasi manakala kuning (telur), hijau (timun, daun pisang), merah (sambal) dan coklat (kacang, ikan bilis).

GEL-Kayono 5 OG Nasi Lemak akan mula dijual pada 5 Oktober ini.

Pun begitu, ia masih kelihatan sangat stylish meskipun terdapat gabungan pelbagai warna pada kasut itu.

Bagaimanapun GEL-Kayono 5 OG Nasi Lemak masih belum dijual dan hanya boleh didapati bermula 5 Oktober ini secara eksklusif di acara sneakers terbesar Malaysia, SneakerLAH yang bakal diadakan di Mid Valley Megamall Kuala Lumpur.

Ia dijual pada harga RM599.

Nasi Lemak, Asics, Sneakers

Artikel Lain