Nak nampak ranggi raya ini? Dr Martens x Undercover perkenal but warna pastel - Mode | mStar

Nak nampak ranggi raya ini? Dr Martens x Undercover perkenal but warna pastel

Kolaborasi Dr Martens dan Undercover ini menampilkan tiga varian warna. -Foto Dr. Martens

WANITA ranggi yang tercari-cari gaya untuk menukar kasut but hitam lama kepada sesuatu yang lebih menyeronokkan pada raya ini, apa kata anda cuba sarungkan but warna-warna pastel pula!

Dr. Martens dan jenama Jepun, Undercover bekerjasama untuk menghasilkan tiga warna baharu but ikonik 1460 itu.

Antara pilihan warna yang menanti anda adalah lavender, kuning pastel dan putih monokrom.

Susah untuk sesiapa yang memandang tidak perasan dengan gaya trendy anda pada lebaran nanti!

Setiap pasang kasut menonjolkan bayang 'lapan-mata' klasik, bahagian kulit atas yang lembut dan tumit yang memaparkan kolaborasi dua jenama.

But ini menyerlahkan lagi gaya ranggi seorang wanita. - Foto Dr. Martens

"Dr. Martens dan Undercover berkongsi DNA yang sama: menekankan kegunaan pelbagai kasut yang fokus kepada gaya rumah atau gaya dan fesyen kelas tinggi serta pada masa sama menyuntik elemen estetik punk dan 'attitude'," kata jenama itu dalam satu kenyataan.

Harga bagi sepasang kasut tersebut adalah RM1,120.31 termasuk kos penghantaran ke Malaysia.

Dua jenama tersebut sebelum ini bekerjasama dalam projek “The New Warriors” yang menampilkan but dan kasut 'derby' pada bulan lalu.

Undercover juga berkolaborasi dengan Converse untuk menghasilkan semula Chuck 70.

Sementara itu, model Nike React Element 87 syarikat tersebut melakar kejayaan luar biasa pada tahun lalu.

Kerjasama ini sudah dilancarkan pada Jumaat minggu lalu dan boleh dibeli menerusi laman web drmartens.com.

Jika anda ingin mendapatkan produk Dr. Martens yang lain, boleh klik link di sini.  - Footwear News

Dr. Martens , Undercover

Artikel Lain