Rona Navy Blue, Maroon dijangka popular raya tahun ini... Apa pilihan anda? - Mode | mStar

Rona Navy Blue, Maroon dijangka popular raya tahun ini... Apa pilihan anda?

Siti Salmah menunjukkan beberapa koleksi baju kurung moden yang dijual menerusi label Marissa Exclusive.

KURANG daripada dua minggu lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan ketika ini pasti ramai yang sedang sibuk membuat persiapan termasuk kelengkapan paling diberi perhatian, apa lagi tentu sekali baju raya!

Kalau kita lihat, tahun lalu ramai yang memilih merah jambu sebagai pilihan untuk melaram di pagi lebaran selain rona pastel.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 kempen fesyen lebaran eksklusif 2019 yang memukau mata, mana satu pilihan hati?

Warna maroon dan pastel menjadi pilihan bersempena Aidilfitri tahun ini.

Bagaimana pula dengan tahun ini? Apa agaknya warna yang dijangka menjadi popular dan pilihan penggemar fesyen terutamanya dalam kalangan wanita?

Pemilik butik Marissa Exclusive, Siti Salmah Abdul Hamid memberitahu 2019 bakal memperlihatkan kemeriahan warna-warna pastel termasuk Navy Blue dan Maroon!

Navy Blue dijangka popular dalam kalangan lelaki dalam memilih baju Melayu mereka, manakala wanita bergaya dengan kurung moden Maroon.

Antara koleksi Marissa Exclusive.

Malah kata Siti Salmah, gabungan kedua-dua warna itu juga sangat sepadan bagi yang tidak mahu tampil sedondon di pagi raya.

"Di Marissa Exclusive sendiri warna Navy Blue dan Maroon antara mendapat permintaan paling tinggi berbanding rona lain pada tahun ini.

"Walaupun warnanya gelap namun padanan kedua-dua rona itu cukup sepadan di pagi raya," katanya.

Baju kurung moden antara menjadi pilihan wanita.

Dalam pada itu, Siti Salmah berkata, warna Baby Blue juga mendapat sambutan luar biasa pelanggannya dan menjangkakan rona itu antara yang popular tahun ini.

Katanya lagi, bagi kaum wanita pula, ramai lebih cenderung kepada baju kurung moden, kurung kedah, kebaya serta jubah sebagai gaya pada hari raya nanti.

"Seperti di Marissa Exclusive, kebanyakan pakaian kami adalah daripada kain jenis Moss Crepe yang bukan sahaja selesa tetapi memang menjadi pilihan pelanggan.

Proses menampal manik dan batu pada tudung turut dilakukan sendiri oleh Siti Salmah.

"Kebanyakan koleksi kami adalah plain tetapi bagi memberi kelainan kami tambahkan dengan kain organza atau Prada Lace bagi memberi impak berbeza," katanya yang mengimport koleksinya dari Vietnam.

Katanya, ramai peniaga memilih fabrik dari negara itu kerana ia lebih berkualiti tinggi berbanding buatan negara China.

Tidak lengkap gaya pagi Syawal sekiranya tidak mengenakan tudung! Siti Salmah memberitahu butiknya juga turut menyediakan lebih 30 warna tudung bawal untuk pilihan.

Pelbagai pilihan membuatkan sesiapa sahaja rambang mata!

Paling seronok, setiap tudung itu boleh diletakkan dengan manik hiasan atau batu swaroski mengikut citarasa masing-masing.

"Yang penting harga yang ditawarkan di Marissa Exclusive sangat berpatutan dan semua koleksi baju raya dijual dengan harga dibawah RM100," jelasnya.

Baby Blue , Maaron , Navy Blue

Artikel Lain