suria

Dulu mak teringin nak pakai telekung Siti Khadijah, sekarang dah ada busana untuk anak lelaki mak!

Siti Khadijah atau SK kini bukan sahaja dikenali sebagai pengeluar telekung untuk wanita, tetapi juga pakaian buat lelaki. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

GARA-gara ungkapan ayat menyentuh emosi ini terus membuatkan sesiapa saja sebak dan mampu berjurai air mata, sehingga boleh ‘cair’ dengan pujukannya.

“Nak... Mak teringin nak pakai telekung Siti Khadijah” berjaya menobatkan anak kedua pengasas jenama telekung itu, Mohammad Munzir Aminuddin sebagai Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Marketer of The Year pada majlis anugerah berprestij, Malaysian CMO Award 2018, baru-baru ini.

Sudah 10 tahun jenama itu bertapak iaitu sejak 2009, pengasasnya, Fadzilah Enda Sulaiman berkata, dari hanya 200 pasang telekung pertama, kini pihaknya mampu mengeluarkan sehingga 2,000 helai sehari.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak cari telekung Siti Khadijah untuk jenazah ibu


Himpunan telekung Siti Khadijah.

Siti Khadijah kini tampil dengan penjenamaan baharu kepada nama ‘SK’ selain menaik taraf teknologi dan kualiti fabrik serta rekaan.

Penggunaan fabrik berkualiti tinggi seperti cotton-feel dengan rekaan inovatif fleksibel di bahagian wajah iaitu mudah regang di dahi dan dagu.

Material yang mudah regang itu sesuai untuk setiap bentuk dan saiz wajah wanita. Ia menggunakan fabrik seperti kapas, spun polyster, rayon dan sutera.

Tanpa perlu dipin atau memakai anak tudung menjadikan telekung SK menjadi pilihan khususnya buat wanita yang mahu pemakaian mudah dan ringkas.

Baju kurung dan busana kasual untuk wanita.

Perinciannya juga minimalis seperti renda menambah seri si pemakai namun masih kekal ringkas mengikut syarak.

Pengasasnya mengambil masa enam bulan untuk mengkaji setiap inci rekaan bagi menghasilkan telekung yang sempurna buat setiap muslimah.

Selain telekung, SK turut menawarkan koleksi pakaian khas untuk jemaah umrah dan haji. Antara produk lain termasuk sarung lengan, abaya, baju kurung dan aksesori.

“Dari khusus kepada telekung, ia berkembang kepada pakaian wanita dan lelaki, serta produk penjagaan diri,” ujar Fadzilah yang mempunyai enam anak lelaki termasuk Mohammad Munzir yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd.

Kemeja yang membuatkan pemakainya tampak segak.

Siapa sangka produk bawah jenama Siti Khadijah atau SK hanya untuk wanita tetapi juga turut diperkenalkan pakaian buat kaum Adam.

Pengenalan pakaian lelaki itu nampaknya menepati kehendak golongan itu yang selama ini hanya memilih busana untuk ibu, isteri, anak perempuan mahupun kekasih.

Selepas ini, bukan setakat anak saja yang membeli telekung untuk si ibu, bahkan mereka terutamanya anak lelaki sudah boleh memilih busana untuk diri sendiri dan juga bapa.

SK turut mengeluarkan himpunan baju Melayu.

Dari pakaian untuk menunaikan umrah dan haji, SK turut menyediakan kemeja-T, kemeja dan baju Melayu untuk lelaki.

Dengan ketibaan Hari Raya tidak lama lagi, nampaknya sesuai sangatlah golongan lelaki memilih baju dengan warna pilihan untuk digayakan sempena meraikan kemeriahan 1 Syawal.

Artikel Lain