Hargai nilai seni tenunan Pahang, Karl Shafek warisi kain arwah atuk - Mode | mStar

Hargai nilai seni tenunan Pahang, Karl Shafek warisi kain arwah atuk

Karl Shafek yang kini fokus pada bidang perniagaannya. Foto: Instagram Karl Shafek/Neonate Company

TENUNAN Pahang memiliki keistimewaan corak tersendiri menghiasi kain menerusi rekaan corak halus buatannya melalui teknik ikat dengan corak berjalur, mendatar serta menegak.

Dipercayai berasal dari wilayah Riau, Indonesia, tenunan itu seterusnya dibawa ke Pahang sekitar abad ke-16 oleh orang besar Makasar diketuai Tok Tuan yang berkunjung dan menetap di Kampung Mengkasar, Pekan yang bertanggungjawab memperbaiki cara menenun kain sutera tempatan ketika itu.

Melalui keistimewaan tenun Pahang tersebut, ia sekali gus menarik minat pelakon dan pereka fesyen, Karl Shafek untuk berkolaborasi bersama Pusat Tenun Pahang Diraja Felda.

Karl Shafek, mengembangkan perniagaan pakaiannya dengan berkolaborasi bersama pusat tenunan itu buat pertama kali dengan mengeluarkan koleksi pakaian raya yang diperbuat daripada kain tenun sutera.

Sampin Songket keluaran Pusat Tenun Pahang Diraja Felda yang direka bersama oleh Karl. Foto Instagram Karl Shafek.

"Saya bekerjasama dengan dengan Pusat Tenun Pahang DiRaja Felda ini kerana saya sendiri berasal dari Pekan, Pahang. Setiap kali raya menjelang tiba, saya akan memakai sampin hasil tenunan Pahang kerana saya anggap tenun sutera ini adalah satu fabrik yang sangat istimewa.

"Minat saya terhadap kain tenun ini sehingga saya masih menyimpan kain tenun milik arwah atuk dari zaman mudanya dan telah diturunkan pada saya. Ayah saya sendiri menghadiahkan sampin tenun Pahangnya yang dipakai waktu berkhatan," kata aktor berusia 39 tahun yang juga pengasas jenama busana Neonate Clothing.

Karl buat pertama kali menyertai pertunjukan fesyen Gaya Koleksi Raya yang memperagakan pakaian beserta sampin hasil tenunan dari negeri Pahang bersempena perayaan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

Sampin tenun pahang yang diperagakan pada pertunjukan fesyen Gaya Koleksi Raya di Publika, Kuala Lumpur. Foto: Instagram Tenun Pahang Diraja Felda.

"Kami mengeluarkan koleksi pakaian raya, iaitu sampin tenun yang berkonsepkan corak moden direka khas oleh saya sendiri dan kami juga ada menyediakan beberapa pilihan warna untuk pelanggan.

"Saya juga masih mengekalkan identiti tenun Pahang pada sampin walaupun ada beberapa penambahan corak moden kerana konsep asli tenun penting bagi koleksi pakaian raya pada kali ini.

"Seperti yang kita tahu harga jualan untuk kain tenun agak tinggi," ujarnya.

Dalam pada itu, koleksi pakaian raya juga telah diperagakan di Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Karl kini fokus dalam bidang perniagaan pakaian rayanya. Foto: Instagram Karl Shafek

Karl yang kini kurang bergiat aktif dalam dunia lakonan juga memberitahu, pembelian pakaian rayanya boleh dibuat menerusi online di laman web Neonate serta boleh dapatkan melalui booth yang akan dibuka di seluruh malaysia, termasuk negara singapura.

"Saya sangat merindui lakonan tetapi saya tidak boleh memberi komitmen sepenuhnya. buat masa ini saya hanya boleh fokus pada perniagaan.

"Sebenarnya bidang seni masih sebati dengan jiwa saya, walaupun saya jarang muncul di hadapan kamera tetapi saya masih berada di belakang tabir," katanya yang juga aktif dalam bidang produksi serta bidang jurugambar video untuk majlis perkahwinan.

Tenun , Pahang , Karl Shafek , Syawal

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan