suria

Wow! Cumi-Cumi Shawl, Bawal Bae buat sesiapa sahaja tampil bergaya bak Nabila Razali di pagi Syawal

Nabaela Scarf datang dalam dua koleksi iaitu Bawal Bae dan Cumi-Cumi Shawl.

MENJELANG bulan Syawal tidak lama lagi pasti ramai di antara kita terutamanya golongan wanita yang sudah mula sibuk mencari pakaian dan aksesori untuk digayakan di pagi raya!

Jika sudah beli baju idaman hati, tidak lengkap rasanya kalau tak disesuaikan dengan tudung dengan rekaan terkini.

Tak usah bimbang! Penyanyi dan pelakon Nabila Razali kini mengorak selangkah dalam karier seninya apabila melancarkan koleksi tudung dibawah jenama Nabaela Scarf.

ARTIKEL BERKAITAN: Hargai nilai seni tenunan Pahang, Karl Shafek warisi kain arwah atuk

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan 'tangkap muat' pilih bedak asas! Ketahui 5 perkara untuk solekan kekal berseri

Buat permulaan Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 27, melancarkan dua koleksi iaitu Bawal Bae dan Cumi-Cumi Shawl yang dihasilkan mengikut citarasa penyanyi lagu Pematah Hati itu.

Pelbagai pilihan warna untuk penggemar tudung shawl dan bawal.

Lebih menarik, kedua-dua koleksi ini bukan sahaja didatangkan dengan pelbagai warna pastel mengikut citarasa pelanggan malah ia mudah dibentuk dan terletak kemas apabila dipakai dengan pelbagai gaya.

“Saya pastikan tudung ini mengikut citarasa saya iaitu jahitan yang kemas dan mudah dibentuk.

“Kami menggunakan material daripada Heavy Chiffon bagi shawl, manakala bawal menggunakan material Cotton Voile," ujarnya.

Dalam pada itu, Nabila berkata, idea mengeluarkan koleksi tudung jenama sendiri selepas menerima banyak permintaan daripada peminat yang mahu mengikuti gaya tudung yang dipakainya.

Cumi-Cumi Shawl bukan sahaja boleh dipakai ketika hari raya tetapi juga sesuai ketika santai.

“Ini adalah masa terbaik saya untuk menceburi bidang perniagaan dan tudung adalah perniagaan yang paling sesuai dengan saya.

“Saya seorang yang cerewet tentang kualiti tudung dan sejujurnya sukar mencari tudung yang memenuhi apa yang saya mahukan.

“Selain itu, ramai peminat yang bertanya tudung apa yang saya pakai setiap hari,” ujarnya," katanya.

Yang paling penting harga ditawarkan cukup berpatutan bermula RM49.90 secara dalam talian Instagram @nabaelascarf atau hubungi talian whatsapp +60 12 651 2866.

Nabaela Scarf, Nabila Razali

Artikel Lain