suria

Di sebalik banglo usang, jurugambar temui kepuasan hasilkan karya seni

JURUGAMBAR terkenal di New York, Bryan Sansivero menambah koleksi rakaman gambar misteri apabila menemui sebuah rumah terbiar milik seorang doktor bedah.

Rakaman terbaharu yang disiarkan di Dailymail ini pastinya akan membuatkan anda meremang bulu roma.

ARTIKEL BERKAITAN: Tabiat buat kerja atas katil, awas anda terdedah gangguan mental!

Turut dirakam beberapa botol cecair misteri yang tersusun di dalam sebuah rumah banglo dua tingkat, selain buku-buku perubatan yang dipercayai diterbitkan pada tahun 1800-an.

Beberapa botol cecair misteri yang tersusun di rak.

Ruang dalam bilik di rumah itu juga masih dipenuhi dengan barang-barang peribadi seperti pakaian, kasut serta gambar keluarga dalam keadaan bersepah.

Jelas Sansivero, keadaan rumah tersebut seperti sudah diselongkar sebelum ini.

Tambahnya juga, bilik pemeriksaan dan pembedahan pesakit dilihat sangat menyeramkan termasuk potret keluarga.

Keadaan luar banglo yang menarik perhatian Bryan.

“Saya fikir merakam gambar sesuatu yang kita tidak diketahui sangat menarik dan ia membuatkan saya terpanggil untuk melakukannya.

“Malahan, bagi saya, gambar dapat ditafsirkan dalam pelbagai cara.

Di dalam rumah berkenaan turut terdapat bilik pemeriksaan. 

“Apabila fotografi saya membuat penonton tidak selesa, keliru atau hanya berfikir… saya rasa ia sudah mencapai matlamat sendiri.”

Selain itu, di laman Instragram Sansivero turut memuat naik gambar-gambar rumah terbiar dan menyeramkan.

Jurugambar, Misteri, Koleksi, Rumah, Terbiar

Artikel Berkaitan

Artikel Lain