suria

Heboh kentut boleh sebarkan virus Covid-19! Jangan panik... fahami penjelasan doktor ini

Kentut ketika memakai seluar boleh mengurangkan menyebaran virus.

PENEMUAN seorang doktor dari Australia berkaitan penyebaran wabak Covid-19 mengejut ramai.

Virus yang menyebabkan ratusan ribu kematian di seluruh dunia ini dipercayai boleh tersebar melalui kentut.

Beberapa orang doktor sebelum ini memberi amaran bahawa kentut mempunyai zarah kotoran kecil yang boleh menyebarkan bakteria.

ARTIKEL BERKAITAN: Percaya atau tidak, pad arang ini kalis bau kentut!

Namun mereka memberitahu kajian lebih banyak perlu dilakukan bagi mengetahui kesan-kesan kentut dalam penularan wabak ini kepada orang lain.

Doktor selebriti, Xander Van Tulleken yang menjadi hos dalam program bersiri CBBC, Operation Ouch turut berbincang mengenai perkara ini yang menjadi bualan di media sosial.

Dia membincangkan hasil kajian yang dilakukan oleh Dr Andy Tagg ini.

Kentut mempunyai zarah najis.

Kajian

Dalam kajian yang dijalankan awal tahun ini mendapati, 55 peratus pesakit SARS-CoV-2 mempunyai virus dalam najisnya.

“SARS-CoV-s boleh dikesan dalam najis individu tanpa gejala sehingga 17 hari.

”Doktor itu menambah bahawa kajian sebelum ini menunjukkan kentut mempunyai kekuatan untuk mengeluarkan serbuk seperti serbuk talkum untuk jarak yang jauh.

Sementara itu, seorang lagi doktor dari Australia, Dr Karl Kruszelnicki dan pakar mikrobiologi Dr Luke Tennent (2002) telah menjalani kajian sama ada kentut boleh menyebarkan wabak penyakit.

Dr Tennent meminta rakan sekerja untuk mengalirkan angin terus ke dalam dua piring petri dari jarak lima sentimeter - pertama ketika memakai seluar, dan satu lagi tanpa pakai seluar.

Dia mendapati bahawa piring petri pertama tetap bersih, sementara yang kedua ditumbuh bakteria, namun ia tidak berbahaya.

Petugas pesakit Covid-19 dinasihatkan memakai pakaian PPE yang lengkap bagi mengelak sebarang jangkitan.

Seluar

Selain itu, awal tahun ini, Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit China mengumumkan bahawa seluar harus menjadi penghalang berkesan ketika mengeluarkan kentut yang mungkin membawa novel koronavirus.

Dinyatakan bahawa kentut tidak mungkin boleh menyebarkan virus dengan syarat memakai seluar yang sesuai.

Malah mereka turut memberi amaran bahawa jika pesakit yang dijangkiti tidak memakai seluar, dan mereka mengeluarkan sejumlah besar gas, ia boleh memberi risiko kepada orang lain yang menghidunya.

Dr Tagg menambah: "Mungkin SARS-CoV-2 dapat disebarkan melalui kekuatan kentut , namun kami memerlukan lebih banyak bukti.”

"Oleh itu, ingatlah untuk selalu memakai PPE yang sesuai dan kekal selamat!" – Dailystar.co..uk

Kentut, Cavid-19, Sebar, Kajian

Artikel Lain