suria

Keluarga baharu Apple, iPhone SE bakal dijual pada harga mampu milik

Tiga variasi warna iPhone SE merangkumi hitam, putih dan merah.

GERGASI teknologi, Apple mengumumkan model terbaharu mereka pada tahun ini iaitu iPhone SE yang tampil dengan harga serendah RM1,999.

Ia merupakan kesinambungan kepada iPhone SE generasi pertama yang diperkenalkan beberapa tahun lalu.

Apa yang menariknya tentang model ini, ia menawarkan pelbagai fungsi yang cukup hebat, pada harga ekonomi.

Varian 64GB misalnya, dijual pada harga bermula RM1,699 diikuti 128GB (RM2,199) dan 256GB (RM2,699).

Dari sega reka bentuk, ia memiliki rekaan asas persis model iPhone 8 dengan rangka skrin 4.7 inci dan dilengkapi home button dengan Touch ID.

iPhone SE tampil dengan pelbagai fungsi menarik pada harga rendah.

Menurut The Verge, mereka menyifatkan model itu sebagai versi baharu iPhone 8 dengan keupayaan kamera dan sistem pemproses yang lebih baik.

Dijana dengan cip AI3 Bionik, model itu turut menawarkan keupayaan kamera 12 megapiksel dan fungsi mode 'potrait'.

Ia turut merangkumi keupayaan penstabilan imej dan kualiti rakaman video berdefinisi 4K.

Bagi mereka yang berminat, iPhone SE hadir dalam tiga variasi warna iaitu putih, hitam dan merah.

Tarikh jualan peranti itu di Malaysia bagaimanapun belum diumumkan lagi.

Sama-sama kita nantikan.

iPhone SE, Apple, telefon pintar, harga

Artikel Lain