Jualan 12.12 memang buat ramai rambang mata tapi hati-hati diperdaya 'scammer'

Diskaun istimewa jualan dalam talian membuatkan ramai tertarik tapi jaga-jaga dengan penipuan.

KEMPEN jualan besar-besaran dalam talian seperti 9.9, 11.11 dan 12.12 memang menjadi tumpuan disebabkan pelbagai barangan ditawarkan pada harga runtuh.

Tapi di sebalik keghairahan itu, anda perlu berhati-hati dengan penipuan dalam talian oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan ini untuk memperdaya pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suka shopping online waktu malam? Jaga-jaga anda mungkin sedang 'digoda'

Seperti dikongsi oleh platform beli-belah dalam talian popular, Shopee, terdapat pelbagai modus operandi sebenarnya digunakan oleh scammer ini untuk menipu orang ramai dan ini adalah antara yang perlu anda ambil perhatian;

1. Perdaya pelanggan untuk buat urusan jual beli diluar platform

Biasanya pihak scammer akan menawarkan harga runtuh dan diskaun luar biasa kepada sesuatu barang dan pembeli yang tertarik akan diminta oleh penjual untuk membuat bayaran menerusi pemindahan terus ke akaun mereka dan bukannya menerusi platform beli-belah.

Dengan cara itu, transaksi itu sukar dikesan tanpa bantuan bank atau pihak berkuasa dan pembeli akan mengalami kerugian kerana tidak menerima barangan dibeli.

Shopee mengadakan jualan Birthday Sale bersempena 12.12.

2. Scammer perdaya pelanggan dedahkan kata laluan (OTP)

Banyak berlaku 'penjual' akan meminta pembeli menghantar kata laluan (OTP) bagi mengesahkan pembelian namun ia sebenarnya adalah cubaan untuk menggodam akaun pelanggan.

Jika anda berkongsi nombor OTP itu, penipu itu dapat mengawal akaun anda sekaligus membuat transaksi palsu walaupun sebenarnya tempahan tidak dibuat.

Dalam kes tertentu, scammer mempunyai maklumat akaun, kredit dan kad debit pelanggan.

Oleh itu, Shopee turut berpesan kepada pelanggan agar tidak melayan panggilan seperti berikut;

*Individu yang menyamar sebagai pegawai bank atau pihak berkuasa

*Individu yang mendakwa anda mempunyai saman dan perlu ke mahkamah

*Individu mendakwa anda melakukan kesalahan jenayah

*Individu yang meminta nombor telefon dan OTP anda

Shopee melindungi pembeli!

Shopee memberi jaminan melindungi semua pelanggan dan memastikan semua transaksi adalah selamat di platform itu.

Jika pengguna membuat pembayaran melalui perbankan dalam talian atau kad kredit /debit, mereka perlu melengkapkan transaksi melalui gerbang pembayaran Secure 3D di Shopee.

3D Secure (3-domain structure) adalah protokol keselamatan yang membantu mencegah penipuan dalam transaksi kad kredit dan debit dalam talian.

OTP diperlukan untuk menyelesaikan transaksi, proses pengesahan ini digesa oleh bank supaya menjadikan keselamatan membeli-belah dalam talian.

Shopee, Beli-Belah, Scammer, Penipuan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain