suria

Harga mampu milik, Honor 9X dilengkapi ciri unggul

Honor 9X didatangkan dengan pelbagai fungsi termasuk triple camera dan pop-up selfie camera.

JIKA anda tercari-cari telefon pintar dengan harga mampu milik, Honor 9X adalah jawapannya kerana ia dijual dengan harga RM999!

Meskipun harganya yang berpatutan namun Honor 9X masih dilengkapi ciri-ciri sebaris dengan telefon pintar lain termasuk triple camera dan pop-up selfie camera.

ARTIKEL BERKAITAN: Vivo S1 Pro pilihan tepat anak muda kaki swafoto

Ia didatangkan dalam dua variasi warna iaitu Sapphire Blue dan Midnight Black. Menariknya bahagian belakang telefon ini mempunyai kemasan bertanda X yang memberikan kelainan kepada ciri luarannya.

Honor 9X dijual pada harga mampu milik RM999.

Honor 9X didatangkan dengan skrin 6.59 inci termasuk paparan sepenuhnya dalam HD selain ia tidak mempunyai sebarang butang dan menggunakan sesentuh pada skrin.

Untuk pasaran Malaysia, Honor 9X ditawarkan dengan sokongan RAM6GB dan 128GB ruang simpanan UFS 2.1 selain dilengkapkan dengan kad microSD.

Bagi penggemar fotografi, kamera depannya adalah 16 megapiksel (MP) manakala kamera utama 48MP dengan penembak ultra-lebar 8MP dan kedalaman kamera iaitu 2MP.

Bateri peranti ini juga dilengkapi 4,000mAh dengan pengecasan melalui USB-C.

Jika berminat untuk mendapatkan Honor 9X, sila klik di sini.

Honor 9X

Artikel Lain