suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bahaya selfie, stalker jejak lokasi anda berdasarkan refleksi pada anak mata

Refleksi bangunan pada mata membolehkan stalker menjejaki bintang pop Jepun itu.

PENGELUAR telefon berlumba-lumba menghasilkan peranti dengan keupayaan kamera luar biasa.

Namun tahukah anda? Ada bahayanya di sebalik kecanggihan teknologi itu.

Baru-baru ini, seorang lelaki menjadi stalker kepada bintang pop Jepun, Ena Matsuoka apabila dia mengkaji swafoto yang dimuat naik selebriti itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis hantar swafoto, teman lelaki terkejut lihat kelibat misteri di belakang

Menerusi pantulan bangunan yang kelihatan dalam anak mata sewaktu swafoto, dia berjaya mengesan lokasi tempat tinggal wanita terkenal itu.

Insiden itu menimbulkan persoalan mengenai privasi dan juga perkongsian imej beresolusi tinggi di media sosial.

Hari ini, kebanyakan pengguna telefon pintar mampu menghasilkan foto berkualiti yang dijana keupayaan gajet milik mereka.

Bagaimanapun, ia mampu mendedahkan informasi sulit anda kepada sesiapa sahaja.

"Kini anda boleh guna media sosial untuk kerja-kerja penyiasatan, saya jangka lebih banyak kes seumpamanya akan berlaku," ujar pengasas laman siasatan Bellingcat.

Laman itu merupakan pelopor kepada teknik penyiasatan menerusi platform media sosial.

Bintang pop Jepun, Ena Matsuoka.

Dalam pada itu, iPhone 11 keluaran Apple mempunyai tiga kamera dan tidak lama lagi akan dikemaskini dengan tambahan fungsi kecerdasan buatan (AI) untuk memperjelaskan perincian setiap gambar.

Begitu juga Samsung Galaxy A9 dengan empat lensa dan Huawei P30 Pro dengan keupayaan zoom 50 kali.

Tahap keupayaan kamera ditambah dengan kekerapan anda memuat naik gambar pastinya boleh menimbulkan masalah sebagaimana ia berlaku kepada penyanyi Jepun berkenaan.

Stalker terbabit  dikatakan menggunakan Google Maps untuk mencari lokasi selebriti itu berdasarkan pantulan imej bangunan dalam anak matanya.

Ia ternyata menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan dan privasi individu.

Google bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan. - SCMP.

 

kamera, stalker, bahaya, gajet

Artikel Lain