Pernah terfikir kita asyik suka lagu yang sama? Ini sebabnya! - I-suke | mStar

Pernah terfikir kita asyik suka lagu yang sama? Ini sebabnya!

Lagu-lagu ciptaan dan nyanyian kumpulan terkenal KRU masih kekal malar segar sehingga ke hari ini.

SETIAP daripada kita memiliki selera berbeza termasuk terhadap muzik dan sebab itulah pelbagai genre diperkenalkan bagi memenuhi citarasa pendengar.

Tetapi perasan tak, lagu-lagu yang kita biasa dengar ketika kanak-kanak dan zaman remaja adalah lagu paling kita gemari dan ingati sehingga ke hari ini.

Rupa-rupanya ia berlaku bukan tanpa sebab sebaliknya kajian dilakukan The New York Times tahun lalu mendapati selera muzik seseorang akan terbentuk ketika usia menjengah 20 tahun.

Atas sebab itu juga, kita tidak terlalu tertarik dengan lagu-lagu terbaharu kerana otak kita sudah cenderung kepada jenis muzik yang didengari sejak kecil.

"Semakin kita terdedah kepada sesuatu, semakin kita cenderung menyukai dan mengingatinya," kata Frank McAndrew seorang profesor dalam bidang psikologi.

Siti Nurhaliza antara penyanyi dari era 90-an yang masih mempunyai jumlah peminat yang besar sehingga ke hari ini. 

Frank membuat kajian itu serta menulis sebuah jurnal berjudul The Conversation untuk membincangkan hal tersebut.

Dalam pada itu, Frank turut memberitahu faktor usia seseorang juga boleh menjadi penyebab mereka tidak tertarik untuk mendengar lagu baharu.

"Semakin usia kita meningkat, semakin kurang kita memberi perhatian kepada perkara baharu dalam hidup termasuklah muzik. Jadi apabila kita berpeluang mendengar lagu, sudah pasti kita akan pilih lagu dan artis yang kita kenal.

"Muzik sentiasa berada dalam diri kita tetapi tanggungjawab terhadap kerja, keluarga membuatkan kita tidak memberi perhatian kepada perkembangan muzik semasa," ujarnya.

Lagu , Muzik , Hobi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain