suria

Rancang perjalanan cuti Deepavali anda bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas

Rancang perjalanan pulang ke kampung agar dapat memanfaatkan cuti panjang dan bukannya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

BERMULA Jumaat (hari ini) pasti ramai daripada akan mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman bersempena dengan cuti perayaan Deepavali yang jatuh pada Ahad ini.

Jadi, bagi mengelakkan anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, Plus Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (ITA) bagi pengguna yang ingin menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan di antara 24 Oktober hingga 29 Oktober 2019.

Ini bagi memastikan perjalanan anda lancar selain dapat mengurangkan dan menguruskan kesesakan lalu lintas di lebuh raya, kawasan rehat dan plaza tol pada musim perayaan.

Jadual perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan. 

Jadi pengguna dari Lembah Klang yang ingin menuju ke arah utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak serta ke Johor di bahagian selatan anda dinasihatkan supaya memulakan perjalanan sebelum pukul 9 pagi.

Manakala pengguna yang menuju ke destinasi lain yang lebih hampir dengan Lembah Klang disarankan supaya memasuki lebuh raya selepas pukul 3 petang.

Jangan bimbang jadual perjalanan itu juga anda boleh lihat menerusi aplikasi PLUS Mobile atau laman web PLUS.

Dapatkan juga maklumat trafik terkini di lebuh raya menerusi Twitter PLUSTrafik atau menghubungi talian 1 800 88 0000.

Artikel Lain