suria

Golongan introvert berat mulut, gelisah diajak borak... Tenangkan mereka guna teknik ‘senget kepala’

Ada kaedah supaya perbualan dua hala dapat dilakukan dengan lebih baik. -Gambar hiasan (kanan)

MEREKA yang dalam golongan 'introvert' kebiasannya akan mengalami rasa resah apabila bersosial dengan individu lain yang baru atau kurang dikenali.

Bagi mereka, situasi ini adalah sesuatu yang membebankan serta meletihkan terutamanya jika melibatkan perbualan panjang.

Melalui satu hantaran di laman TikTok oleh pengacara terkemuka, Ameer Deen, ada dikongsikan petua yang dapat membantu perbualan dua hala menjadi lebih lancar bagi seorang introvert.

Teknik itu diperoleh daripada pakar dalam bidang pengucapan awam (public speaking) yang terkenal iaitu David Jp Philips.

Ayuh kita lihat!

Kedudukan kepala yang dicadangkan oleh Ameer ketika berbual.

Kedudukan kepala

Menurut Ameer, disarankan untuk seseorang itu menyendengkan kepala ke tepi apabila individu lain sedang bercakap dengannya.

"Sambil orang tu berborak, kita sengetkan kepala sedikit sambil pandang dia. Dengan cara ini, orang yang bercakap tu akan merasakan ada elemen empati daripada kita ketika perbualan dilaksanakan.

"Lagi satu berdasarkan kajian, apabila kita sengetkan kepala ia juga akan menghasilkan hormon oxytoxin yang membuatkan orang tu terasa rapat dengan kita dan akhirnya mereka nak terus bercerita.

"Jadi selepas ni ketika bersembang, jangan hanya tegakkan kepala, cuba sengetkan sedikit," jelas Ameer.

Maklum balas netizen

"Terima kasih atas perkongsian. Boleh amalkan selepas ni, maklumlah saya ni tak pandai bersembang. Tak tahu sangat macam mana nak panjangkan perbualan.

"Harap lepas ni lebih ramai yang berminat nak berborak dengan saya, kita bagi je mereka bercakap, tak perlu perah otak fikir topik," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain