suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Petua nelayan Korea... Sotong pejal, tidak mengecut apabila dimasak rupanya bergantung pada teknik cucian

Masakan sambal sotong menjadi kegemaran ramai.

HIDANGAN makanan laut seperti sotong akan lebih lazat sekiranya dimasak segar.

Antara ciri sotong yang dijual itu segar adalah ia tidak berair dan isinya pejal.

Melalui satu hantaran di laman Facebook oleh Noris Nora, ada dikongsikan cara mudah untuk mengekalkan kepejalan sotong.

Ternyata ia bermula ketika proses basuhan.

"Dulu saya pernah tengok dokumentari nelayan Korea. Mereka basuh sotong guna kaedah ini," jelas Norris.

Bahan:

1) Garam kasar

Teknik basuhan sotong untuk masakan yang lebih lazat.

Langkah-langkah:

1) Potong sotong ikut saiz yang dikehendaki

2) Taburkan garam kasar ke dalam bekas berisi sotong

3) Gaul dan ramas sotong bersama garam kasar

4) Ramas sotong dalam lima minit sehingga keluar buih seperti sabun dan isinya dirasakan pejal

5) Setelah semua buih keluar, basuh bersih sotong itu supaya tidak terasa masin ketika dimasak

6) Tus sotong sehingga kering dan kini ia sedia untuk dimasak.

Sotong tidak akan mengeluarkan banyak air, mengecut malah kekal pejal walaupun sudah dimasak. - Noris Nora

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia