suria

Selamat tinggal habuk celah tingkap! Akhirnya jumpa cara paling senang nak bersihkan kotoran di tempat susah

Habuk lebih mudah dicuci menggunakan teknik ini.

TUGAS membersihkan rumah memang memenatkan apatah lagi di bahagian tertentu seperti celah bingkai tingkap atau perabot yang sukar dicapai.

Bagi penghidap alahan terhadap habuk, persekitaran rumah perlu sentiasa dibersihkan dengan betul.

Tahukah anda ada cara mudah untuk membersihkan habuk pada celahan tingkap atau pintu gelangsar (sliding door) agar tidak memenatkan dan menjimatkan masa mengemas?

Potong span menggunakan pisau.

1. Span cuci pinggan

Tekap permukaan span pada besi yang perlu dicuci.

Tanda bahagian span yang menghalang dari memasuki celah-celah besi.

Belah bahagian span menggunakan gunting atau pisau.

Basahkan span dan boleh mencuci habuk seperti biasa.

Pengering rambut boleh digunakan untuk menggantikan penyedut hampagas.

2. Pengering rambut

Letak pelitup muka pada bahagian belakang pengering rambut.

Potong bahagian atas botol untuk dijadikan corong penyedut habuk.

Hidupkan pengering rambut dan sedut bahagian celah-celah tingkap atau sliding door yang sukar dicapai.

Kaedah ini amatlah bersesuaian untuk mereka yang tidak mempunyai penyedut hampagas untuk mencuci habuk di rumah.

Malah, kadar cucian habuk adalah pada tahap maksima menggunakan teknik ini serta menjimatkan wang daripada membeli penyedut hampagas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain