suria

Jangan teruja dulu nak balik kampung kalau belum periksa 5 bahagian penting kereta ini

Lakukan pemeriksaan rapi sebelum memulakan perjalanan jauh.

MENJELANG Aidilfitri, pasti ramai yang sudah tidak sabar lagi untuk pulang beraya di kampung halaman.

Selain menggunakan pengangkutan awam seperti bas, kereta api dan kapal terbang, kebanyakan kita memilih untuk pulang ke kampung menggunakan kereta.

Namun, tidak kira di mana pun letaknya kampung halaman anda, persiapan rapi untuk menempuh perjalanan perlu diberi keutamaan.

Antara perkara yang perlu anda lakukan adalah memeriksa beberapa bahagian penting kereta untuk menjamin keselamatan perjalanan.

Menurut Public Health Malaysia, terdapat lima pemeriksaan penyelenggaraan perlu dilakukan sebelum memulakan pergerakan terutamanya yang jauh.

Pemeriksaan bahagian tayar penting bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

1. Bendalir penting

Pastikan minyak brek, brek tangan dan keberkesanan bahagian ini berada pada tahap baik.

Selain itu, periksa juga paras air dan bahagian penyejuk radiator serta minyak enjin kereta yang bakal dipandu.

2. Aplikasi peta

Gunakan aplikasi Waze atau Google Map yang terdapat dalam telefon pintar untuk memantau trafik dan kelancaran jalan raya.

3. Pendingin hawa

Pastikan sistem pendingin hawa berfungsi dengan baik untuk menghadapi kesesakan lalu lintas dalam cuaca panas.

4. Tayar

Pemeriksaan bahagian-bahagian penting pada tayar seperti tekanan angin, keadaan bunga (benang) tayar serta tayar gantian berada dalam keadaan baik.

5. Waktu perjalanan

Pilih untuk memulakan perjalanan awal pagi untuk mengelakkan daripada berada dalam kesesakan dalam tempoh lama.

Jadilah pemandu yang bijak dengan merancang perjalanan anda lebih awal.

Malah, pemanduan anda juga akan berjalan lancar dan selesa serta dapat sampai ke destinasi dengan selamat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain