suria

Ini senarai masjid, surau berdekatan stesen MRT… Tak perlu ‘rushing’ balik rumah, mudah sangat nak solat

Terdapat banyak masjid dan surau yang terletak berdekatan stesen MRT. -Gambar hiasan

SAMA seperti bulan-bulan biasa, ramai penduduk di ibu negara menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) untuk memudahkan pergerakan mereka.

Apatah lagi pada bulan Ramadan, terdapat pemilik kereta yang turut menggunakan MRT bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, khususnya pada waktu puncak.

Pihak MRT turut mengumumkan senarai masjid dan surau yang terletak berdekatan stesen mereka, sekali gus memudahkan urusan penumpang yang mahu singgah untuk menunaikan solat.

Untuk MRT Laluan Kajang, terdapat enam masjid/surau yang berdekatan.

1. Stesen MRT Pasar Seni - Masjid Negara (Melalui jejantas ke KTM Kuala Lumpur)

2. Stesen MRT Merdeka - Masjid Al-Sultan Abdullah (Keluar Pintu B)

3. Stesen MRT Cochrane - Masjid Jamek Alam Shah (Keluar Pintu A)

4. Stesen MRT Sri Jaya - Masjid Kariah Batu 10 Cheras (Keluar Pintu B)

5. Stesen MRT Bukit Dukung - Surau Al-Falah (Keluar melalui jejantas Park N'Ride)

6. Stesen MRT Kajang - Masjid India Kajang (Keluar Pintu A)

Untuk MRT Laluan Putrajaya pula, terdapat sembilan surau/masjid yang boleh anda singgah.

1. Stesen MRT Sungai Buloh - Masjid Jamek Pekan Sungai Buloh (Keluar Pintu A)

2. Stesen MRT Kepong Baru - Surau Al-Islah Ad-Diniyah (Keluar Pintu B)

3. Stesen MRT Kampung Batu - Masjid Abu Hurairah Kampung Batu (Keluar Pintu A - melalui jejantas ke Jalan Kampung Batu)

4. Stesen MRT Titiwangsa - Masjid Bulatan Pahang di Balai Islam (Keluar Pintu B)

5. Stesen MRT Ampang Park - Surau Tabung Haji (Keluar Pintu B)

6. Stesen MRT Persiaran KLCC - Masjid Asy-Syakirin (Keluar Pintu C)

7. Stesen MRT Sungai Besi - Masjid Jamek Ibnu Khaldun (Keluar Pintu C)

8. Stesen MRT Serdang Raya Utara - Masjid Al-Islah Serdang Raya (Keluar Pintu A)

9. Stesen MRT Taman Equine - Surau Al-Munawwarah Seri Kembangan (Keluar Pintu A)

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain