suria

Luar biasa! Bau tak sedap pada ‘blender’ hilang serta-merta lepas ikut cara ini... Tangan pun tak penat menyental

Pengisar akan meninggalkan bau busuk selepas lama digunakan. -Gambar hiasan

PENGISAR atau blender merupakan alat elektronik yang sangat diperlukan untuk memudahkan kerja-kerja memasak.

Namun selepas digunakan untuk tempoh tertentu, warna kekuningan akan mula kelihatan pada bekas pengisar.

Lebih teruk, bau bawang dan cili juga akan melekat pada bekas pengisar, menyebabkan ia kurang sesuai untuk mengisar bahan-bahan lain.

Contohnya jika mahu mengisar buah untuk menghasilkan jus, kita pastinya kurang yakin kerana bau bawang dan cili masih kuat pada pengisar itu.

Untuk menghilangkan bau itu, anda hanya memerlukan dua bahan sahaja iaitu beras dan limau nipis.

Cara menghilangkan bau:

1. Masukkan dua biji limau nipis ke dalam pengisar

2. Kemudian masukkan tiga sudu besar beras

3. Masukkan sedikit air

4. Kisar seberapa lama yang anda mahu

5. Akhir sekali, bilas dengan air bersih

Selepas melakukan lima langkah mudah ini, anda akan mendapati bau-bau busuk yang terhasil daripada kisaran bawang dan cili yang terdahulu hilang dengan serta-merta.

Jom cuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain