suria

Tak perlu tanya ‘sifu’, tiru cara ni je kalau nak ‘buat duit’ lebih... Serendah RM1 boleh kumpul hingga RM3,300 setahun

Teknik yang dikongsi membolehkan anda mengumpul RM3,300 dalam tempoh setahun. -Gambar hiasan

TANPA disiplin dalam diri, hasrat anda untuk menabung pastinya tak akan berhasil.

Malah, ramai yang berputus asa di tengah jalan kerana tidak mampu untuk menyimpang wang secara konsisten.

Di Facebook, seorang individu dikenali sebagai Safura Planner pernah berkongsi satu cara mudah untuk menyimpan wang sebanyak RM3,300 dalam tempoh setahun.

Meskipun nilainya tidak begitu tinggi, namun banyak perkara yang anda boleh lakukan dengan wang sebanyak RM3,300 itu.

Cara-cara:

RM1 - Setiap hari masuk dalam tabung. Total setahun genapkan RM400

RM5 - Simpan setiap minggu dua keping. Total genapkan setahun RM500

RM10 - Simpan setiap minggu dua keping. Total setahun genapkan RM1,000

RM20 - Simpan setiap bulan dua keping. Total setahun genapkan RM500

RM50 - Simpan ikut bulan genap (Februari, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember) Total setahun RM300

RM100 - Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November) Total setahun RM600

Maka jumlah keseluruhan setahun RM3,300.

Kaedah simpanan ini sesuai untuk mereka yang mahu mengumpul wang untuk membayar deposit pembelian kereta, berkahwin atau melancong.

Jadi apa tunggu lagi? Jom sama-sama kita menabung!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain