suria

Nak capai tahap bebas kewangan? Ikut tip mudah ini, sesuai untuk orang kerja makan gaji

Bina simpanan mengikut pendapatan bagi mencapai tahap bebas kewangan.

SATU kelegaan bagi setiap individu apabila mereka mampu mencapai tahap bebas daripada segi kewangan.

Secara umumnya bebas kewangan bermaksud anda bebas daripada hutang atau mempunyai banyak wang simpanan dalam bank.

Namun bagaimana ingin mencapai tahap itu?

Menurut perancang kewangan, Dr Adam Zubir, ada beberapa langkah yang boleh atau perlu dilakukan sekiranya anda mengimpikan tahap bebas kewangan.

Close-up Of Businessperson Hands Checking Invoice With Magnifying Glass At Desk

Setiap individu perlu belajar teknik menguruskan kewangan dengan betul. -Gambar hiasan

1. Bina simpanan

Dapatkan pekerjaan yang bergaji tetap. Ia cara mudah agihkan duit simpanan daripada pendapatan bulanan.

2. Minima simpanan 10 peratus

Asingkan 10 peratus daripada pendapatan bulanan untuk dijadikan simpanan.

Hasil daripada simpanan ini anda boleh melabur seperti membeli aset.

3. Pendapatan pasif seperti pelaburan hartanah (sewa rumah)

Beli rumah menggunakan pinjaman bank, kemudian sewakan.

Anda akan dapat pendapatan pasif melalui kadar sewaan.

Asian man holding house in his hand and using laptop, real estate concept.

Menyewakan rumah boleh dijadikan sebagai pendapatan pasif.

4. Enam bulan simpanan tabung kecemasan perbelanjaan (minima)

Mengambil contoh pendapatan RM2,000, gandakan nilai tersebut bersama enam bulan.

Jumlah wang tersebut merupakan jumlah simpanan yang harus ada untuk waktu kecemasan.

5. Simpan menerusi agensi atau syarikat pelaburan selamat

Simpan duit dekat tempat yang memberi pulangan berisiko rendah contohnya Amanah Saham Berhad (ASB) dan Tabung Haji.

Selain itu, simpan duit tersebut dalam simpanan tetap (fixed deposit).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain