suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Letih sental tak hilang-hilang rupanya salah teknik! Akhirnya temui cara mudah nak bersihkan mikrowave

Kotoran degil dalam ketuhar boleh dicuci dengan tiga bahan di rumah.

KETUHAR gelombang mikro atau mikrowave yang kerap digunakan mudah menjadi kotor.

Namun tidak mudah untuk membersihkan kekotoran akibat percikan minyak walaupun sudah disental menggunakan kain atau tisu.

Seorang wanita di TikTok, Jue.h ada berkongsi video menunjukkan keadaan ketuhar yang sudah dicuci dengan bersih dan berkilat.

Dia menggunakan tiga bahan yang cukup mudah lagi menjimatkan.

Bahan yang dicampurkan perlu dipanaskan dalam ketuhar.

Cara penyediaan bahan cucian

1. Isi air ke dalam sebuah mangkuk

2. Masukkan pencuci pinggan ke dalam bekas berisi air

3. Perahkan sebiji air lemon ke dalam campuran

Panaskan mikrowave mengikut suhu yang ditetapkan.

Langkah-langkahnya:

1. Masukkan bekas dicampurkan bahan tersebut ke dalam mikrowave

2. Panaskan selama lima hingga tujuh minit

3. Biarkan selama dua minit sebelum dikeluarkan

4. Lap bahagian yang masih ada kotoran menggunakan kain yang lembap

Sebagaimana ditunjukkan dalam video, wap air yang panas terhasil memudahkan proses untuk bersihkan kotoran degil.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain