suria

Sayang nak buang kentang rosak... Boleh guna untuk gosok cermin kereta, jimat tak payah bayar mahal servis polish

Jason menggosok ubi kentang yang rosak pada cermin kereta.

KENTANG yang sudah bertunas bahaya untuk dimakan.

Menurut Dr Mazliana Mazlan, kentang yang sudah lama juga mempunyai kandungan glycoalkaloid (jenis kimia) cukup tinggi.

Bahan kimia ini, shekiranya dimakan berlebihan boleh menyebabkan penyakit terutama bagi golongan ibu mengandung dan anak kecil.

Antara simptom yang ditunjukkan oleh mereka yang termakan kentang beracun ini termasuklah muntah, cirit birit dan sakit perut.

Ubi kentang yang bertunas tidak lagi boleh dimakan.

Jika terlampau banyak kandungan glycoalkaloid yang diambil, ada risiko lain yang lebih membahayakan seperti merendahkan tekanan darah, meninggikan kadar denyutan nadi, demam, sakit kepala juga kematian.

Namun, bagi mengelakkan pembaziran, anda boleh gunakan ubi kentang yang bergigi (bertunas) atau rosak ini untuk melakukan perkara lain yang memberi manfaat.

Seperti yang dikongsikan oleh Jason Jezi di TikTok, dia menggunakan ubi kentang tersebut untuk mengelakkan titisan hujan melekat di cermin kereta.

Caranya sangat mudah iaitu dengan hanya memotong ubi kentang kepada dua bahagian.

Jason menunjukkan keadaan cermin selepas digosok ubi kentang.

Kemudian, gosok cermin kereta di bahagian luar yang terdedah kepada air hujan menggunakan bahagian isi kentang.

Sebagaimana ditunjukkan dalam video, tiada lagi kesan air yang tertinggal atau terlekat pada cermin kereta setelah ubi kentang ini digosok di permukaannya.

Memandangkan kita sudah menghampiri musim tengkujuh, kaedah ini amat sesuai bagi mereka yang ingin menjimatkan wang tanpa mahu membayar servis mahal untuk tujuan ini.

Malah, kaedah ini juga amat berguna bagi mengelakkan daripada berlaku kemalangan akibat penglihatan terjejas gara-gara air hujan melekat pada cermin semasa memandu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain