suria

Brek tiba-tiba tak berfungsi? Penting untuk tidak panik, 6 langkah ini mampu selamatkan nyawa anda

Kegagalan fungsi brek boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. -Gambar hiasan

PELBAGAI faktor boleh menjadi punca kepada kemalangan jalan raya.

Selain kecuaian pengguna, kemalangan juga boleh berlaku disebabkan kerosakan atau kegagalan pada mana-mana fungsi kenderaan, contohnya brek.

Bayangkan apabila sedang memandu pada kelajuan yang agak tinggi, ditambah pula ketika sedang melalui jalan yang berbukit, sudah pasti sesiapa sahaja akan berasa cemas dan panik apabila brek buat hal.

Justeru, berikut kami kongsikan beberapa tip yang perlu anda lakukan sebaik sahaja mendapati brek gagal berfungsi sewaktu sedang memandu, sebagaimana perkongsian di Times of India:

1) Guna handbrake

Apa yang paling penting, jangan panik. Biarpun brek kaki tidak berfungsi, kenderaan anda masih mempunyai handbrake. Turunkan gear satu demi satu dan tarik handbrake perlahan-lahan. Menarik dengan tergesa-gesa akan menyebabkan kenderaan hilang kawalan

2) Pam brek kaki untuk menjana tekanan hidraulik

Cuba tekan brek kaki berkali-kali seperti mengepam. Proses ini bertujuan untuk melihat sekiranya masih ada 'saki-baki' tekanan dalam sistem hidraulik. Jika terasa seperti mempunyai tekanan, cuba tekan pedal brek sehingga maksimum mungkin, dan kekalkannya sehingga kenderaan anda akhirnya berhenti

brek 1

3) Angkat kaki dari pedal minyak

Kekal tenang, dan angkat kaki dari pedal minyak untuk mengelakkan anda menambahkan kelajuan kenderaan

ARTIKEL BERKAITAN: Risau kereta menggelongsor ketika parkir di lereng bukit? Rupanya ada teknik mudah, tak perlu sendal tayar dengan batu bata

4) Jangan matikan enjin

Tindakan ini boleh menjadi punca kenderaan terbabas secara mengejut. Lebih bahaya, ia juga boleh menyebabkan stereng terkunci sekali gus membuatkan pemandu hilang kawalan secara total

enjin

5) Kawal kenderaan

Apabila kelajuan kenderaan semakin perlahan, perlahan-lahan kawal stereng dan cari lokasi sesuai untuk memberhentikan kenderaan. Sebaiknya, di bahu jalan atau kawasan yang tidak menghalang kenderaan lain

6) Guna penghadang

Ini adalah pilihan terakhir sekiranya anda terdesak untuk memperlahankan kenderaan. Kekal tenang dan lihat apa saja halangan yang mungkin boleh menghentikan kenderaan, seperti penghadang, semak samun atau sebagainya

Apabila kereta anda sudah dapat diberhentikan dengan selamat, keluarlah dari kenderaan, pasang lampu kecemasan dan telefon pihak berkaitan untuk mendapatkan bantuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain