CUTI hujung minggu selalu dimanfaatkan bersama keluarga, jadi para ibu lebih gemar menyediakan hidangan di rumah. Anak-anak pun mesti rasa gembira sebab boleh makan dengan banyak di samping melakukan aktiviti bersama. Bagi anda yang ingin membuat kuih muih ataupun cucur, pastikan memilih tepung yang betul supaya menu yang dirancang menjadi. Ini kerana terdapat pelbagai jenama tepung yang ada di pasaran dan setiap satunya mempunyai 'fungsi' berbeza ya! Ikuti panduan daripada Petua Ibu ini untuk mengenal pasti jenis dan jenama tepung beras serta hidangan yang boleh anda lakukan. 1. Tepung beras cap 1 Gajah Sesuai untuk menggoreng. Contohnya nak buat adunan untuk pisang goreng atau cempedak. Boleh juga digunakan untuk menggoreng ikan atau ayam goreng mamak mahupun goreng berempah. Tepung ini akan memberi hasil yang sangat ranggup pada hidangan anda. 2. Tepung beras cap 3 Gajah Sesuai untuk kuih-kuih tradisional seperti kuih koci, kuih apam beras eno, dan pelbagai jenis kuih lain. Kuih yang dihasilkan menggunakan tepung ini lebih lembut dan kelihatan berkilat. 3. Tepung beras cap 5 Gajah Sesuai untuk membuat laksa, koey teow homemade dan pelbagai jenis mi kerana sifatnya lebih kenyal berbanding tepung lain. 4. Tepung beras cap teratai Sesuai membuat rempeyek dan apam. Kalau buat apam rasa tepung pada kuih akan berkurang. Jika buat rempeyek dan tumpi sangat-sangat ranggup. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Selepas ini pasti ibu-ibu makin rajin untuk menyediakan pelbagai juadah kerana hasilnya menjadi! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube