suria

Semak dulu 5 perkara ini sebelum beli kereta terpakai! Kalau ada bau lipas, dah boleh ‘nego’ harga lebih rendah

Pertimbangkan lima perkara ini sebelum membeli kereta terpakai.

MEMILIKI sebuah kereta sendiri tidak lagi dianggap sebagai kehendak tetapi sudah menjadi satu keperluan.

Namun, pemilikan kenderaan merupakan satu komitmen dan semestinya memerlukan perbelanjaan besar.

Justeru ramai dalam kalangan generasi muda hari ini mempertimbangkan pembelian kereta terpakai berbanding kereta baharu.

Bagaimanapun, jika tersilap langkah ia boleh menyebabkan anda terikat dengan liabiliti hutang jangka masa panjang.

Terdapat lima tip boleh anda pertimbangkan sebelum membeli kereta terpakai dikongsikan @serviskereta di Twitter.

1. Tahun kereta dikeluarkan

Perlu tahu tahun bila kereta itu dikeluarkan dengan melihat geran atau bertanya pemilik asal.

2. Mileage (jarak penggunaan)

Secara logiknya mileage rendah menunjukkan kereta tersebut bagus dan tidak kerap digunakan.

Jarak perjalanan kereta boleh dilihat pada meter.

3. Status kemalangan

Pastikan kereta belum pernah mengalami kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan kerosakan casis (rangka menyokong kenderaan).

Pastikan oil seal masih dalam keadaan baik.

4. Keadaan kereta

a) Bahagian enjin perlu dipastikan tiada kesan bocor pada meterai minyak (oil seal).

Pastikan tiada sebarang bunyi pelik dihasilkan bahagian tappet pada enjin.

b) Bahagian absober dan bushing perlu diperiksa untuk keselesaan pemanduan melalui test drive.

Untuk mengetahui sama ada bahagian ini masih bagus atau sebaliknya, kereta akan menyerap hentakan dan tidak melambung ketika melalui jalan tidak rata.

Bahagian dalam sesebuah kereta perlu diperiksa sebelum dibeli.

c) Bahagian elektronik juga perlu diperiksa sekiranya kenderaan masih mengikut alatan standard elektronik model kereta tersebut.

Antara alatan perlu diperiksa adalah power window (tingkap) dan reverse sensor (sensor ketika mengundur).

5. Semak hiasan luaran dan dalaman

Sekiranya bau lipas, berkemungkinan kereta sudah lama ditinggalkan jadi perlu ambil kira harga ditawarkan berbaloi atau tidak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain