suria

Malu kalau tetamu buka peti sejuk, busuk! Cuba letak benda ni, mesti harum semerbak

Daun pandan dan roti boleh membantu menghilangkan bau busuk peti sejuk.

PETI sejuk boleh menghasilkan bau yang tidak menyenangkan kerana cara campuran pelbagai jenis makanan serta kaedah penyimpanan yang tidak betul.

Bagi sesiapa yang berdepan masalah itu, apa kata cuba petua mudah yang dikongsi oleh Leha Yusof untuk menghilangkan bau busuk peti ais di kediaman masing-masing.

1.Daun Pandan

Gunakan bahan mudah ini sebagai pewangi semula jadi. Ikat beberapa helai daun pandan dan letakkan sahaja dalam peti sejuk anda semalaman.

Bau kurang menyenangkan bukan sahaja akan hilang, peti ais anda juga akan berbau wangi.

2. Roti

Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang menyenangkan dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti di dalam peti sejuk dan biarkan roti itu hingga kering.

Bau yang kurang menyenangkan pasti akan beransur hilang.

petoi2

Campuran pelbagai bahan makanan boleh menyebabkan peti berbau busuk.

3. Serbuk penaik/baking soda

Tabur serbuk penaik atas dulang atau piring kecil dan masukkannya dalam peti sejuk. Kemudian tutup pintu sehingga bau busuk hilang.

Selepas itu masukkan semula barang dalam peti sejuk dan letakkan juga sekotak serbuk penaik di dalamnya. Buka sedikit penutup agar ia dapat menyerap segala bau yang kurang menyenangkan.

4. Cuka putih

Masukkan cuka putih dalam bekas terbuka dan letakkan dalam peti sejuk. Ia akan menyerap segala bau yang kurang enak dalam peti sejuk.

Untuk mewangikan lagi, perahkan sebiji lemon ke dalam larutan cuka tersebut dan lap bahagian dalam peti sejuk dengan campuran kedua-dua bahan ini.

5. Oat

Siapa sangka oat juga boleh menyerap bauan yang tidak enak dalam peti sejuk. Masukkan sedikit oat dalam bekas dan letakkannya dalam peti sejuk.

Anda pasti akan mendapati peti sejuk anda kurang berbau selepas beberapa ketika.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain