suria

Siapa kata susah tanam cili di rumah? Boleh cuba ‘kaedah uncang teh’, jaga 5 pantang larang ini

Uncang teh terpakai boleh digunakan untuk menanam benih cili.

PERKONGSIAN mStar baru-baru ini tentang penggunaan uncang teh untuk menghalau tikus ternyata meraih perhatian ramai netizen.

Namun tahukah anda, uncang teh terpakai juga boleh digunakan untuk mereka yang sedang berjinak-jinak dalam bidang pertanian.

Sekiranya anda mahu menanam cili di sekitar kediaman, cuba petua menggunakan uncang teh yang dikongsi oleh Armanshah Mohamad Tahir ini.

"Saya menggunakan uncang teh yang sudah digunakan daripada buang begitu sahaja. Daun teh boleh dijadikan medium dan baja anak benih cili.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna racun tak ‘jalan’... Tak sangka pula 3 bahan ini berkesan halau tikus di rumah

"Caranya, anda perlu letak sedikit air dalam uncang teh yang telah dibuka supaya lembap. Serbuk teh cepat kering jika panas. Selain itu, ia juga memudahkan benih untuk bercambah.

"Jika dah ditanam benih cili di dalam uncang itu, boleh guna air basuhan beras daripada buang dalam sinki. Malah, pokok akan jadi lebih subur dan cepat berbunga," kongsinya.

Tambah Armanshah, dia juga menggunakan baja kopi yang diperbuat daripada sisi kopi asli iaitu kopi kasar atau campuran baja berbau kopi yang boleh dibeli di kedai Eco Shop.

file5vh04x85mzo188l41a5v

Elak tanam di kawasan bertakung kerana ia boleh menyebabkan pertumbuhan kulat.

Berikut merupakan beberapa tip dan 'larangan' apabila menanam cili di rumah:

1. Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari, bukan ruang tertutup.

2. Jangan salah pilih bekas! Contoh bekas yang sesuai adalah pasu 16 inci x 20 inci

3. Pastikan tiada pokok buah seperti mangga, belimbing dan jambu di kawasan tanaman cili untuk mengelakkan serangan lalat buah.

4. Jangan tanam benih cili pada waktu tengah hari untuk mengelakkan kesan kejutan haba.

5. Pastikan air tidak bertakung kerana ia boleh menyebabkan pertumbuhan kulat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain