suria

Tak payah panggil tukang paip! Berpandukan 4 tip ini, anda boleh DIY betulkan sinki tersumbat

Sinki tersumbat boleh dibaiki menggunakan bahan tertentu -Gambar hiasan

ADA kalanya peralatan atau barang yang menjadi kegunaan harian rosak pada masa yang tidak diduga.

Misalnya sinki di dapur dan bilik air tersumbat ketika hari anda bekerja, menjadi satu bebanan tambahan pula untuk mencari tukang paip.

Pinggan yang belum dibasuh bertimbun tingginya dan air di bilik mandi pula bertakung, pasti runsing kepala dibuatnya.

Tetapi tidak pelu risau, kekal tenang kerana sinki tersebut kini boleh dibaiki melalui kaedah Do It Yourself (DIY).

Serbuk penaik. -Gambar hiasan

1) Gunakan campuran serbuk penaik dan cuka

Untuk baiki sinki tersumbat, anda hanya perlukan serbuk penaik dan cuka. Campurkan anggaran satu per tiga cawan serbuk penaik dan satu per tiga cawan cuka ke dalam sebuah bekas.

Sebaik saja campuran itu berbuih, tuangkan ia ke dalam saluran sinki yang tersumbat.

Anda perlu biarkan sebentar dalam 10 minit untuk tindak balas berlaku, kemudian curah air panas ke dalam sinki untuk bilas campuran itu.

Garam -Gambar hiasan

2) Gunakan campuran garam kasar dan air panas

Cara ini paling mudah untuk dilakukan kerana ia hanya memerlukan garam yang sudah tersedia di rumah. Semua rumah pastinya mempunyai garam bukan?

Jika mahukan hasil yang lebih mantap, disyorkan guna garam kasar. Tabur sahaja garam kasar ke dalam sinki tersumbat tersebut. Selepas tu curahkan dengan air panas.

Melalui cara ini, sisa makanan dan kotoran akan terlarut dan sinki anda akan berfungsi seperti biasa dengan sekelip mata.

Air panas -Gambar hiasan

3) Gunakan campuran garam dan serbuk penaik

Jika tadi kita sudah ada gabungan serbuk penaik dan cuka, satu lagi cara pula adalah kombinasi garam dan serbuk penaik.

Kombinasi kedua-dua bahan ini juga mampu untuk melancarkan sinki yang tersumbat. Anda hanya perlu mencampurkan satu per empat cawan serbuk penaik dan juga satu per empat cawan garam.

Kemudian, tuangkan campuran kedua-dua bahan ini ke dalam lubang sinki yang tersumbat.

Dalam masa yang sama jika anda mahu hilangkan bau busuk akibat sinki yang tersumbat, tambahkan sahaja satu per dua cawan cuka atau air limau.

Sabun cuci pinggan. -Gambar hiasan

4) Sabun pencuci mangkuk

Cara seterusnya ialah dengan menggunakan sabun pencuci pinggan mangkuk.

Semua jenama sabun pencuci pinggan boleh digunakan untuk teknik ini, anda hanya memerlukan beberapa sudu sabun pencuci ini berserta dengan air panas sebanyak dua liter.

Kebiasaannya, saluran air sinki dapur ini mudah melekat dengan minyak dan juga gris sisa makanan.

Jadi, dengan adanya sabun pencuci pinggan ini ia boleh membantu untuk melarutkan sisa makanan dan sisa minyak itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain