suria

Hello pencari kerja! Lebih 5,000 jawatan kosong ditawarkan, jangan lupa meriahkan hari akhir karnival kerjaya di Batu Gajah

Lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi karnival yang berlangsung selama dua hari.

BERITA baik buat orang ramai khususnya di bahagian utara apabila Karnival Kerjaya MYFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2023 diadakan selama dua hari, bermula Sabtu.

Masih tidak terlambat untuk mencuba nasib, pengunjung berpeluang meneroka lebih 5,000 peluang kerjaya menerusi karnival itu yang berlangsung di Silverlakes Village Outlet, Batu Gajah, Perak.

Antara majikan yang mengambil bahagian adalah adalah Perak Community Specialist Hospital, Mydin Mohammed Holdings Berhad, Maybank Berhad, 99 Speedmart Sdn Bhd dan Samsung Electronics (M) Sdn Bhd.

Selain itu, syarikat seperti Genting Malaysia Berhad, McDonald’s Malaysia, 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd, Flextronics Technology (Penang) Sdn Bhd dan AEON Co. (M) Berhad juga turut terlibat dalam karnival berkenaan.

332766165_164650173015487_3982115573558928152_n

V. Sivakumar (tengah) pada majlis pelancaran Karnival Kerjaya MYFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2023 di Perak.

Dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, karnival berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Majlis Daerah Batu Gajah dan Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK).

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan lupa rebut! Hampir 6,000 peluang pekerjaan di Karnival Jamin Kerja

Menerusi penganjuran selama dua hari, Perkeso menyediakan pendaftaran di Portal MYFutureJobs, bantuan penyediaan resume serta khidmat nasihat dan bimbingan kerjaya daripada Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan.

Malah, portal Pekerjaan Negara MYFutureJobs, yang merupakan tonggak kepada perkhidmatan pekerjaan Perkeso sehingga kini telah membantu 776,742 orang pencari kerja memperoleh pekerjaan.

Majikan yang terlibat menawarkan lebih 5,000 peluang pekerjaan menerusi karnival yang berlangsung selama dua hari.

Orang ramai boleh mencuba nasib di karnival kerjaya di di Silverlakes Village Outlet, Batu Gajah, Perak.

Di karnival itu juga, Perkeso menempatkan sebuah booth pameran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang mana ia menyediakan perlindungan sosial kepada golongan suri rumah terhadap bencana domestik dan keilatan sewaktu melakukan urusan rumah tangga.

Untuk rekod, karnival sama pernah dianjurkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 11 dan 12 Februari lalu.

Pencari kerja yang berminat untuk menghadiri sesi temu duga terbuka digalakkan untuk mendaftar di www.myfuturejobs.gov.my/career sebelum menghadiri karnival.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Perkeso www.perkeso.gov.my atau hubungi talian khidmat pelanggan Perkeso 1-300-22-8000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain