suria

Isteri kena jadi ‘Detektif Conan’ siasat suami curang, Dr Fadzilah Kamsah kongsi 5 teknik halus tegur suami ‘pasang dua’

Dr Fadzilah Kamsah menyenaraikan lima teknik untuk wanita menegur suami.

KISAH rumah tangga yang berantakan kerana perbuatan curang bukanlah satu perkara baharu.

Malah, sudah acap kali kisah sebegitu ditularkan di media sosial, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan individu popular.

Menurut pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, wanita sebenarnya mempunyai 'gerak batin' yang kuat untuk menghidu perbuatan curang suami mereka.

Dalam perkongsian terbaharunya, dia turut menyenaraikan lima teknik halus untuk menyedarkan golongan suami mengenai perbuatan terlarang itu.

1. Masukkan topik curang dalam perbualan

Tanyalah begini: "Si Abu (bukan nama sebenar) peramah semacamlah melayan perempuan. Padahal anak dah berderet-deret dah. Itu hari kantoi keluar dengan Cik Semah belakang rumah.

"Tak habis-habis main kayu tiga. Apa abang rasa kalau orang yang suka curang dengan pasangan ni?"

Lihat apa makna curang dalam dirinya. Sebab kadangkala lelaki ni rasa benda tu normal, tapi sebenarnya ia dah melangkaui batas.

553 (1)

Wanita mempunyai 'gerak batin' untuk menghidu perbuatan suami.

Dengan itu, kalian perlu bincang dan letakkan erti curang yang sama antara pasangan supaya kamu atau dia tidak melakukan sesuatu yang dianggap curang.

2. Berhati-hati dengan petanda curang

Jika ada sahaja tabiat yang pelik atau mencurigakan dari suami kamu, maka kamu perlu hati-hati. Contohnya, apabila kamu lihat suami jauhkan diri apabila hubungi seseorang.

Atau mungkin berbalas WhatsApp dalam tandas lama-lama. Mesti ada sesuatu yang aneh. Masa inilah gunakan bakat kamu sebagai Detektif Conan dan mulakan penyiasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: September bulan paling ‘meriah’ kes curang, zina berleluasa sehingga digelar ‘seks-tember’ - Kajian

3. Yakin dengan gerak hati

Jika kamu rasa ada benda tak kena saja, eloklah berbincang terus dengan suami. Ataupun mula lakukan penyiasatan secara diam-diam.

Semua ini perlu kamu lalui dengan baik-baik. Jangan terus melenting atau cepat menghukum.

4. Minta suami berlaku jujur

Kadangkala apabila kamu cakap baik-baik, InsyaAllah suami akan jadi lembut hati. Dan sampai masanya dia akan ceritakan juga sekiranya dia ada bermain kayu tiga di belakang kamu.

Masa itu kamu tenang saja. Jangan terbuai emosi. Biarkan dia ceritakan daripada A sampai Z. Sekiranya kes ini kamu tidak dapat tangani dengan baik, maka biar mahkamah selesaikan.

553

Wanita dipesan supaya sentiasa waspada dengan tingkah laku suami yang mencurigakan.

5. Berdoa dan berserah bulat-bulat kepada Allah

Inilah cara paling berkesan sebagai seorang hamba Allah. Pintu keluar untuk segala ujian dan masalah yang kita hadapi, hanyalah pada pencipta kita.

Dia yang memberikan kita kebahagiaan, dan Dia pasti akan menolong hamba-hamba yang bertakwa kepada-Nya.

Dalam perkongsian sama, pakar motivasi itu sempat menitipkan pesan kepada golongan suami isteri agar tidak berlaku curang kerana perbuatan itu lambat-laun pastinya akan dapat dihidu oleh pasangan.

"Para suami-isteri yang Tok Abah sayangi, tutuplah macam mana pun. Diamlah macam mana pun. Bersembunyi sesuatu perkara tetap dikesan pasangan.

"Kerana ingatlah, tatkala kalian sudah berkahwin, bermakna hati kamu juga telah disatukan. Maka sembunyilah apa pun, rasa cinta dan sayang terhadap orang lain, tetap pasangan kamu dapat menghidu dengan cepat. Semoga rumahtangga kalian bahagia sahaja ya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain