suria

Rimas tudung bersepah? Pujuk cik abang DIY rak begini, selesai masalah almari baju asyik penuh

Rak tudung DIY yang dihasilkan oleh Shafiq untuk isterinya.

KAUM Hawa yang berhijab pasti mempunyai set koleksi tudung kegemaran masing-masing.

Ada kalanya bilangan tudung yang dibeli boleh mencecah sehingga puluhan helai merangkumi pelbagai warna, corak dan potongan.

Kadang-kala sampai tidak muat nak disumbat di dalam almari atau laci dibuatnya!

Bagi yang buntu bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini, apa kata cuba buat sendiri rak tudung sebagaimana yang dikongsikan oleh lelaki bernama Shafiq Abdul Hamid ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarung kaki wanita pun berguna! Ikuti 10 tip pelik DIY tapi berkesan

Lelaki berkenaan begitu kreatif membuat sendiri (DIY) rak tudung untuk isteri kesayangannya dengan menggunakan paip PVC dan kayu plywood.

Yang penting, bukan sahaja hasilnya kemas, malah kos untuk menghasilkannya juga sangat murah! Untungnya si isteri!

rak 2

Bahagian pintu dan dinding rak menggunakan papan lapis.

Berikut adalah barangan yang perlu disediakan dan cara untuk membuat rak tudung DIY:

1) Potong paip PVC enam inci setiap satu - RM76

2) Enam engsel untuk pintu rak - RM9

3) Dua pemegang pintu rak - RM4

4) Syelek untuk kemasan rak - RM20

5) Papan lapis atau plywood - tak beli baru

Jumlah keseluruhan yang diperlukan untuk menyiapkan sebuah rak tudung DIY hanyalah RM109!

"Tetapi cinta terhadap isteri tiada nilai," tulis Shafiq pada perkongsiannya.

Apa lagi, bolehlah minta cik abang buatkan rak tudung DIY sebagai tanda kasih kepada isteri masing-masing.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain