suria

Kereta lejen Proton Saga bakal jadi mainan Hot Wheels! Jangan lepaskan peluang buat koleksi peribadi

Replika Hot Wheels jenis kereta Proton Saga yang akan dikeluarkan oleh Mattel Malaysia Sdn Bhd.

BOLEHKAH anda bayangkan kereta nasional pertama negara bakal muncul dalam bentuk kereta mainan?

Semestinya teruja bukan?

Baru-baru ini, pengeluar kereta mainan Hot Wheels, Mattel Inc, mengumumkan kerjasama dengan pengeluar kereta nasional Proton untuk mengeluarkan model skala 1:64 Proton Saga.

Presiden dan Ketua Pegawai Komersial Mattel Inc, Steve Totzke berkata kerjasama itu adalah sempena memperingati ulang tahun ke-40 syarikat pengeluar kereta mainan itu di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Labur sikit, pasang dashcam dalam kereta... Ini 4 peranti pilihan siap spesifikasi sebagai panduan

"Ini adalah perkongsian pelesenan yang menarik kerana kami bergabung untuk membangunkan kereta Hot Wheels, mengikut model Proton Saga asal iaitu model pertama keluaran Proton, yang kini akan menjadi sebahagian daripada koleksi peribadi Hot Wheels.

"Perkongsian ini bertujuan mempertahankan warisan kebanggaan Mattel dan Proton untuk terus menyediakan kenderaan berkualiti tinggi kepada peminat semua peringkat umur di seluruh dunia," katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-40 Mattel baru-baru ini.

saga 2

Proton Saga generasi pertama dilancarkan pada 9 Julai 1985 oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Totzke berkata Proton Saga adalah kereta pertama daripada jenama automotif Malaysia.

Sehubungan itu, ia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Model Hot Wheels baharu ini dijangka mula dijual ke seluruh dunia menjelang akhir tahun 2023.

Sedikit maklumat tambahan, idea untuk mengeluarkan kereta nasional boleh dianggap sebagai cetusan idea Tun Dr Mahathir pada tahun 1979 semasa beliau menjadi Menteri Perdagangan dan Industri ketika itu.

Projek Kereta Nasional terus dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1982, setahun selepas menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat.

Proton Saga generasi pertama dilancarkan pada 9 Julai 1985 oleh beliau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain