suria

Sarung kaki wanita pun berguna! Ikuti 10 tip pelik DIY tapi berkesan

Sarung kaki wanita juga boleh digunakan sebagai peralatan untuk DIY. foto Freepik

SIAPA yang tak geram kalau sesuatu yang kita buat tidak menjadi.

Tidak dinafikan buat sendiri (DIY) memerlukan kerajinan dan kesabaran.

Mungkin nampak mudah bagi sesetengah orang, tapi realitinya tidak ramai yang mampu melakukannya.

Itu belum lagi barang atau peralatan yang kita gunakan, kadang-kadang macam tak masuk akal tapi berguna.

Jom cuba tip DIY ini yang mungkin pelik di mata anda, tapi berkesan dan menjimatkan kos. Belum cuba, belum tahu.

tip pelik tapi berkesan 1 freepik prostooleh

Cecair pembasmi kuman. Freepik Prostooleh

1. Rak kasut gantung

Guna rak kasut gantung (jenis yang tergantung di pintu) untuk menyimpan peralatan pembersihan di pantri anda.

2. Cecair pembasmi kuman

Guna cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer bagi membantu menanggalkan kesan degil gam daripada label.

tip pelik tapi berkesan 6 Fashionable Home

Rak kasut gantung. foto Fashionable Home

3. Buah oren, limau

Setiap kali anda makan buah oren atau limau, buang kulitnya ke dalam tong sampah untuk penyahbau yang semula jadi.

4. Pengelap cermin tingkap

Gunakan pengelap cermin tingkap (window squeegee) untuk mengeluarkan bulu haiwan daripada karpet.

tip pelik tapi berkesan 2

Kulit buah oren.

5. Ubat gigi pemutih

Gunakan ubat gigi pemutih untuk menanggalkan kotoran dari perak tanpa menjelaskan lapisannya yang cantik.

6. Aspirin

Mahu menyimpan bunga segar lebih lama sedikit? Tambahkan dua biji aspirin dan tuang ke dalam air, atau menggunakan air minuman 7-up dan bukannya air.

tip pelik tapi berkesan 4 freepik racool studio

Ubat gigi pemutih. foto Freepik / Racool Studio

7. Sos Pedas

Gunakan sos pedas untuk menggilap tembaga

8. Sarung kaki wanita

Letakkan sarung kaki di atas hos vakum untuk mencari benda-benda kecil tanpa menyedutnya masuk ke dalam perkakas itu.

tip pelik tapi berkesan 3 heirlume.com

Sarung kaki wanita yang dipaksa pada hos vakum. foto heirlume.com

9. Kacang walnut

Gosokkan kacang walnut pada perabot yang rosak untuk menutup kesan berlubang.

10. Tisu tandas

Tanggalkan kotoran lilin dengan meletakkan tisu tandas di atas kotoran itu dan menyeterikanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain