suria

Klasik, ikonik... Nokia kembalikan nostalgia dengan model legenda 8210 yang diperbaharui

Nokia memperkenalkan tiga telefon baharu iaitu 8210 4G, 2660 Flip dan 5710 XA. -HMD Global

CUKUP klasik dan ikonik.

Jenamanya saja tentu mengembalikan semula nostalgia lampau di era kegemilangannya dalam telefon bimbit.

Ia pernah mencetuskan fenomena sebelum era telefon pintar, dengan pilihan model telefon bimbitnya yang paling dinanti-nantikan.

Begitulah Nokia, yang kini dimiliki oleh HMD Global apabila melancarkan semula telefon legendanya 8210 dalam versi 4G.

Nokia 8210 2

Model 8210 4G.

Jenama dari Finland itu juga mengambil peluang mengeluarkan dua model lain dengan vibe vintaj iaitu model lipat 'kulit kerang' yang dipanggil 2660 Flip dan 5710 XA dengan fokus audio.

Nokia menghidupkan semula ikon abad lalu dalam telefon berciri 8210, di mana model asalnya dikeluarkan pada 1999.

ARTIKEL BERKAITAN: Telefon Legenda Nokia 3310 Bakal Dikeluarkan Semula

Kini telefon bimbit terkenal itu kembali dalam versi 4G.

Kelebihan telefon bimbit yang ringkas dan reka bentuk padat ini ialah berkeupayaannya untuk mengambil gambar, mendengar muzik dan bermain permainan Snake.

Nokia 2660 Flip.

Model 2660 Flip.

Bahkan, ruang storan boleh dikembangkan dengan kad microSD. Telefon bimbit ini mempunyai skrin 2.8 inci dengan bateri boleh tanggal yang menawarkan sehingga enam jam masa bercakap dan hampir tiga minggu masa siap sedia.

Telefon ini berharga 79.99 euro (RM356).

Pada masa sama, Nokia mengeluarkan dua lagi model berinspirasikan retro. Ia merupakan Nokia 2660 Flip iaitu telefon model kulit kerang, selaras dengan gaya awal 2000-an.

Bagi 5710 XpressAudio, telefon bimbit ini adalah mengenai bunyi, dengan fon telinga tanpa wayar bersepadu.

Nokia 5710 XA

Model 5710 XA.

Jauh daripada piawaian pasaran semasa, kedua-dua telefon ini masing-masing berharga 79.99 euro (RM356) dan 89.99 euro (RM401).

Nokia telah memasarkan satu siri telefon ciri 'klasik' yang telah diubahsuai dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada 2017, jenama itu mencetuskan sensasi dengan melancarkan semula ikonik Nokia 3310 dalam versi 3G, sebelum membuat susulan setahun kemudian dengan 8110. - AFP Relaxnews

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain