suria

Teringin miliki vakum Dyson? Ini cara paling bijak miliki barang harga kayangan

Tugasan membersih menjadi lebih cepat dan praktikal dengan Dyson.

RUTIN seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu memang sangat memenatkan.

Namun walau sesibuk manapun, aspek kebersihan rumah menjadi salah satu perkara yang amat penting.

Boleh dikatakan hampir setiap hari tugasan membersihkan lantai rumah perlu dibuat bagi memastikan kediaman berada pada tahap yang 'tiptop'.

Alangkah indahnya jika para suami dapat membantu meringankan beban isteri di rumah dengan menghadiahkan vakum berteknologi tinggi daripada Dyson.

Dyson Paylater 3

Segenap ruang di dalam rumah bersih menggunakan vakum Dyson.

Dengan Dyson tugasan membersih menjadi lebih cepat dan praktikal kerana ia adalah jenis vakum tanpa wayar dan ringan namun mempunyai kuasa sedutan yang kuat.

Senang untuk bersihkan habuk dan kotoran di kawasan tersembunyi seperti di celah-celah sofa!

Apabila segenap ruang di dalam rumah bersih, tiba masa pula untuk menghirup udara segar.

Jangan tak tahu, Dyson juga ada kipas pembersih udara, Dyson Pure Cool bagi menangani isu pencemaran udara tertutup serta membersihkan setiap sudut bilik.

Ia mampu menapis dan memerangkap 99.95 peratus partikel-partikel halus daripada memasuki sistem pernafasan dan membuatkan pengudaraan dalam rumah lebih bersih dan segar.

Dyson Paylater 5

Pembersih udara Dyson membuatkan pengudaraan dalam rumah lebih bersih dan segar.

Bukan sekadar vakum, penapis udara mahupun pembersih udara, Dyson juga menawarkan pengering rambut yang memberi pengalaman mendandan seperti seorang pendandan profesional di rumah.

Pengering rambut Dyson seperti Dyson Supersonic mampu memberikan pengeringan pantas tapi pada masa sama memelihara kulit kepala.

Tanpa mengeluarkan bunyi bingit, pengering rambut Dyson memberi kesan daripada segi kebersihan, kesihatan dan keselesaan kepada rambut anda termasuk mereka yang berhijab.

Walaupun harga bagi produk Dyson berada dalam kategori 'kayangan', namun percayalah ia merupakan satu pelaburan yang berbaloi sesuai dengan fungsinya.

Malah kini ada cara lebih mudah dan bijak untuk memiliki barangan Dyson apabila anda berbelanja menggunakan aplikasi PAYLATER Mall, iaitu pilihan pembayaran beli sekarang, bayar kemudian (buy now pay later).

Dyson Paylater 7

Ini kerana PAYLATER menyediakan kemudahan pembiayaan yang fleksibel, mampu milik dan telus berdasarkan penyelesaian pelan pembayaran ansuran mudah.

Bayangkan kini anda boleh memiliki produk berteknologi baharu dan canggih Dyson dengan bayaran hanya kurang daripada RM5 sehari.

Kini sempena ulang tahun pertama PAYLATER Mall, pelanggan boleh memilih untuk menerima item mereka melalui penghantaran atau pengambilan daripada kedai.

Tawaran hebat ini bermula dari 10 sehingga 23 Julai 2022.

Selain itu terdapat juga promosi istimewa Dyson di PAYLATER Mall iaitu sehingga 12 bulan ansuran TANPA CAJ* dengan perbelanjaan minimum RM2,000 dalam satu resit.

Terdapat juga baucar diskaun RM50* bagi perbelanjaan minimum RM500 dalam satu resit.

Dyson Paylater 8

Caranya cukup mudah, anda hanya perlu berbelanja menggunakan aplikasi PAYLATER.

Berikut adalah langkah mudah untuk anda memiliki Dyson kurang daripada RM5 sehari!

Langkah 1: Gunakan aplikasi PAYLATER

Langkah 2: Buat carian 'Dyson' di PAYLATER Mall* (Promosi hanya terpakai untuk Senheng store di PAYLATER Mall)

Langkah 3: Membuat pesanan dan pemberitahuan bayaran berjaya

Cukup mudah dan pantas bukan? Anda kini boleh membawa pulang Dyson!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom berbelanja dalam PAYLATER Mall lah!

Dyson Paylater 9

*Tertakluk kepada terma dan syarat dan baucar hanya terpakai di PAYLATER Mall.

Laman web PAYLATER: https://www.paylater.com.my/

Muat turun aplikasi PAYLATER: https://bit.ly/3yuhVqg

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain