suria

Riuh satu rumah! Ini yang anda perlu tahu tentang pergaduhan sesama kucing

Kucing bergaduh sesama sendiri boleh mencetuskan keadaan huru-hara di rumah.

APABILA kucing bergaduh sesama kucing lain, pastinya riuh satu rumah.

Sekiranya anda mempunyai lebih daripada seekor kucing yang dibela di rumah, anda mungkin sudah biasa dengan drama kucing bergaduh.

Tetapi bagaimana anda mahu tahu jika ia benar-benar pergaduhan antara kucing, bila perlu bimbang, dan apa yang perlu dilakukan mengenai pergaduhan itu?

Walaupun bersifat jinak, kadangkala kucing boleh menjadi agresif.

Pemilik kucing sudah tentunya berasa geram apabila si bulus kerap bergaduh, yang mana mungkin membahayakan mereka, kadang kala boleh menyebabkan kecederaan.

Justeru, bukan idea yang baik untuk membenarkan kucing berlawan kerana ia tidak akan menyelesaikan konflik dan biasanya hanya memburukkan lagi keadaan.

Ketahui jenis tingkah laku supaya anda tahu cara menghentikan pergaduhan antara kucing dan kediaman anda kekal aman.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik kucing tiba-tiba jadi agresif, marah tak tentu hala... Ini sebabnya!

Kenapa kucing bergaduh?

Kucing biasanya hanya 'menggertak' yang tidak mengakibatkan kecederaan.

Jika kucing 'bergaul', ia biasanya boleh belajar untuk bertolak ansur atau mengelak antara satu sama lain.

Ada sebab yang membuatkan kucing tiba-tiba bergaduh antara satu sama lain.

Bagaimanapun, ini mungkin tidak selalu berlaku dan pergaduhan kucing mungkin terjadi atas beberapa sebab:

1. Pergaduhan antara kucing sejenis yang belum dimandulkan boleh menjadi lebih teruk semasa musim mengawan.

2. Membuli! Selalunya kucing yang lebih tua atau lemah akan menjadi mangsa. Sama ada 'mangsa' mula mengeliat, menggunakan bahasa badan yang pasif, bersembunyi dan mengundang lebih banyak buli.

3. Mengubah atau menyusun semula persekitaran kucing, termasuk perabot, tempat makan atau kotak sampah yang boleh menyebabkan pergaduhan.

4. Sebarang perubahan dalam rutin mungkin menyebabkan kucing berada dalam tekanan sehingga si bulus melepaskan perasaan itu antara satu sama lain.

Kucing menggunakan komunikasi secara vokal dan senyap untuk meningkatkan status mereka di mata kucing lain.

Mereka mencabar satu sama lain antaranya dengan renungan, mendesis, kedudukan badan menghadap ke hadapan atau menyekat akses kepada makanan, permainan atau perhatian.

Sesetengah kucing yang dominan menggunakan tingkah laku 'power grooming' dan secara agresif menjilat kucing lain untuk menjauhkannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain