suria

Teringin jadi TikToker? Download 5 aplikasi ini dulu, belajar sunting video cantik-cantik

Pelbagai aplikasi suntingan video yang berperanan membantu anda menghasilkan video menarik.

TIDAK dapat dinafikan, ketika ini TikTok adalah platform yang menjadi trend dan paling mendapat tempat di hati pelayar media sosial.

Video TikTok yang disunting dengan baik dan menarik berupaya masuk ke halaman FYP (for you page) dan mengumpulkan lebih banyak 'like' yang seterusnya akan membantu meningkatkan populariti pemilik akaun.

Terdapat banyak aplikasi suntingan video TikTok yang boleh didapati dengan mudah, sekaligus membuatkan ramai pelayar sukar membuat pilihan.

Buat pelayar TikTok, usah risau! Kali ini, mStar senaraikan lima aplikasi suntingan video terbaik yang menyediakan ciri penyuntingan berkualiti untuk membuatkan video anda lebih menarik.

1) Movavi

Pengguna media sosial sentiasa mencari sesuatu yang luar biasa dan bermakna. Oleh itu, adalah lebih baik untuk mempunyai aplikasi penyuntingan dengan set fungsi yang cukup luas, termasuk kesan (effect), sticker dan skrin hijau TikTok.

Sangat mudah untuk anda menonjolkan kreativiti. Movavi adalah salah satu aplikasi penyunting video yang patut anda cuba dan ia percuma!

movavi

Movavi adalah salah satu aplikasi yang patut dicuba oleh TikTokers.

2) Viamaker

Viamaker membolehkan pengguna mengedit, memotong (trim), membalikkan dan menukar kelajuan video. Anda boleh menambah kesan berbeza pada klip TikTok dan mempamerkan sisi kreatif anda.

Aplikasi ini juga mempunyai arkib bunyi built-in.

3) InShot

Merupakan tool suntingan video TikTok yang berpengaruh dengan ciri premium seperti memangkas, memotong atau memadam video, latar belakang kabur, kesan, muzik dan filter.

Selain TikTok, ia digunakan untuk membuat video bagi semua platform media sosial, terutamanya Instagram.

Anda boleh menggunakan audio yang berbeza dalam video tetapi ingat, arkib audio InShot tidak mempunyai lagu tanpa royalti.

4) Zoomerang

Ini merupakan penyunting video TikTok ringkas yang sesuai untuk golongan beginner. Ia menyediakan tutorial yang menerangkan langkah demi langkah.

Ini bermakna anda boleh menonton video TikTok yang popular dan belajar cara membuat video tersebut untuk diri sendiri.

5) BeeCut

Merupakan aplikasi suntingan video TikTok percuma yang lengkap atau all-in-one khususnya untuk beginner.

Anda boleh mempertingkatkan video TikTok anda dengan filter, trim, memotong, berputar, mengalih (rotate), kesan gambar dalam gambar dan banyak lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain