suria

Pelbagai ganjaran hebat! Hadiah rumah baru juga menanti ahli bertuah... Mudah saja, hanya berbelanja di Watsons

Watsons bekerjasama dengan LBS Bina Group Bhd sempena kempen 'Membeli-belah dengan Watsons dan bawa pulang sebuah rumah' untuk memberi ganjaran kepada ahlinya. Foto: Glenn Guan/The Star

BERITA baik buat ahli Watsons! Sempena ulang tahun ke-12 Ahli Kelab Watsons bulan ini, pelbagai ganjaran, faedah dan acara menarik yang bakal menanti anda.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh turut mengumumkan pelancaran keahlian Watsons Club baharu, yang mana ia memberikan lebih banyak faedah, ganjaran, kempen dan promosi.

Menurut Loh, kali ini Watsons bekerjasama dengan LBS Bina Group Bhd sempena kempen 'Membeli-belah dengan Watsons dan bawa pulang sebuah rumah' untuk memberi ganjaran kepada ahli beserta pelbagai hadiah menarik lain.

"Ini termasuk rumah baharu di LBS SkyLake Residence ihsan LBS apabila ahli membeli-belah dengan Watsons.

"Pemberian hadiah ini adalah cara kami untuk menunjukkan penghargaan kepada lebih tujuh juta ahli Watsons, terutamanya mereka yang setia bersama kami sepanjang tahun," kata Loh semasa pelancaran di LBS Skylake Residence, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia, Danny Hoh berkata, ahli boleh menyertai kempen tersebut dengan membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 dalam satu resit apabila membeli-belah dengan Watsons.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaya Raya Luar Biasa, Watsons tawar hadiah bernilai sehingga RM3 juta!

"Ahli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM100 di kedai kami layak mendapat satu penyertaan untuk kempen tersebut, manakala mereka yang membeli-belah secara dalam talian dengan jumlah yang sama di kedai dalam talian Watsons pula mendapat dua penyertaan.

"Selain hadiah utama, seribu eBaucar Watsons bernilai RM120 juga akan menjadi rebutan semasa kempen tersebut," katanya.

Hoh dalam pada itu turut mengumumkan kerjasama Watsons dengan Atome, sebuah aplikasi 'beli sekarang dan bayar kemudian', di mana pengguna Atome baharu dan semasa boleh menikmati faedah tambahan.

"Semua pengguna Atome akan mendapat diskaun lima peratus apabila mereka berbelanja minimum RM50 di Watsons, manakala pengguna baharu boleh menikmati potongan sehingga RM15", kata Hoh.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengerusi LBS Bina Group Bhd, Tan Sri Lim Hock San.

"Saya pasti kerjasama dengan syarikat terkenal seperti Watsons ini akan menjadi peluang yang baik untuk kedua-dua pihak pada masa hadapan.

"Saya berharap LBS akan mendapat tempat yang sangat istimewa di hati pemenang hadiah kelak," tambah Lim.

Kempen dan promosi lain yang berlangsung sepanjang Ogos termasuk promosi insentif untuk ahli Watsons baharu yang mendapat keahlian seumur hidup, lima kali ganda mata ganjaran semasa bulan hari lahir mereka, dan kempen Watsons 8.8 Shopathon dari 1 Ogos hingga 11 Ogos dengan diskaun sehingga 88 peratus, serta banyak lagi tawaran menarik.

Turut diumumkan, perkhidmatan Penghantaran Ekspres yang dilancarkan baru-baru ini untuk Lembah Klang, di mana pembeli boleh membeli-belah dalam talian dan menikmati penghantaran pada hari yang sama.

Majlis turut dihadiri tetamu kehormat lain iaitu Pengerusi Star Media Group (SMG), Tan Sri Chor Chee Heung; Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan SMG, Alex Yeow; Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Lim Mooi Pang dan pelakon serta penyanyi Ayda Jebat. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain