suria

Gaya Raya Luar Biasa, Watsons tawar hadiah bernilai sehingga RM3 juta!

Diapit bunga manggar (dua dari kiri) ahli Dolla, Hoh, Loh, Ayda, Nabil, Fauziah dan Jalaludin pada majlis pelancaran kempen dan filem pendek Watsons Gaya Raya Luar Biasa.

WATSONS Malaysia melancarkan sambutan Gaya Raya Luar Biasa dengan sebuah filem pendek Aidilfitri, menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM3 juta serta diskaun di seluruh negara bermula hari ini hingga 9 Mei depan.

Bercakap pada majlis pelancaran itu, pengarah urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh menzahirkan harapan agar rakyat Malaysia dapat meraikan Aidilfitri dengan luar biasa, seiring dengan peralihan fasa endemik yang bermula 1 April lalu.

"Saya ucapkan selamat menyambut hari raya dengan luar biasa kepada semua rakyat Malaysia, agar mereka dapat bersatu semula dengan keluarga.

"Sempena sambutan raya, Watsons menawarkan diskaun sehingga 50 peratus di kedai dan secara dalam talian, serta hadiah luar biasa bernilai sehingga RM3 juta," katanya.

Mengenai filem pendek sempena lebaran, Loh berkata karya itu merupakan peringatan untuk semua supaya sentiasa percaya pada diri dan mengetahui bahawa mereka adalah luar biasa, walau di mana jua mereka berada.

GAYA RAYA 4

Loh berharap orang ramai meraikan lebaran dengan luar biasa dan dapat bersama-sama ahli keluarga sempena perayaan itu.

Dalam majlis yang berlangsung di Hotel EQ di Kuala Lumpur, penonton dihidangkan dengan tayangan khas filem tersebut. Ia menampilkan barisan selebriti Malaysia termasuk duta Watsons, Ayda Jebat bersama Datuk Jalaludin Hassan, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Nabil Mahir, Jinnyboy dan kumpulan Dolla.

Menurut Fauziah, dia melalui pengalaman yang menakjubkan apabila dapat bekerjasama dengan barisan pelakon hebat dalam karya tersebut dan turut memuji kreativiti yang ada di sebalik filem pendek berkenaan.

"Saya mengikuti iklan Watsons sebelum ini tetapi kali ini ia berada pada tahap yang sama sekali berbeza," ujarnya.

Senada dengan aktres itu, Jalaludin berkata masa yang dihabiskan semasa penggambaran filem tersebut dianggap sangat istimewa dan semua yang terlibat seperti sebuah keluarga besar.

Imbasnya, dia juga berasa gugup ketika perlu mengulangi semula frasa ikonik dari zamannya sebagai hos di Who Wants to be a Millionaire dalam filem pendek itu.

"Saya sangat bimbang sama ada saya masih boleh melakukannya (menyebut ayat ikonik adakah anda pasti?) selepas 20 tahun," ujarnya berseloroh.

Para peminat boleh menonton karya istimewa raya yang futuristik itu menerusi YouTube dan platform media sosial Watsons.

Dalam pada itu, Nabil turut menganggap pengalaman terlibat dalam filem berkenaan cukup luar biasa kerana dia dapat berlakon bersama idolanya Jalaludin serta gurunya Fauziah.

Selepas tayangan filem berakhir, Ayda dan Dolla muncul membuat persembahan istimewa menyanyikan lagu Watsons berjudul Gaya Raya Luar Biasa.

"Saya pernah bekerja dengan Dolla sebelum ini dan membuat persembahan bersama mereka semasa raya tahun lepas," kata Ayda sambil menambah bahawa keseluruhan pengalaman itu menyeronokkan dan menakjubkan.

"Kami seronok bekerja dengan Ayda, dia seorang yang bertenaga, jadi apabila beraksi bersamanya, kami rasa tenaga antara satu sama lain, ia benar-benar menakjubkan. Kami sangat gembira membuat persembahan di acara Watsons,” kata Dolla pula.

Watson Raya KV_A2OL

Dalam acara sama, pengarah pelanggan Watsons Malaysia, Danny Hoh turut berkongsi lebih banyak tawaran hebat yang tersedia kepada pelanggan Watsons.

"Pelanggan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM3 juta, termasuk Perodua Myvi 1.3 G serba baharu, telefon pintar dan aksesori OPPO, serta baucar Watsons untuk membeli-belah.

"Pengguna GrabPay juga boleh menikmati diskaun tambahan RM10 dengan pembelian RM100 dan baucar jenama tambahan bernilai lebih RM260.

"Bagi ahli, Watsons turut memberikan pek dan baucar raya eksklusif bernilai RM5,000," katanya.

Dalam pada itu, Watsons turut berada di Connexion Pavillion di Kuala Lumpur bermula sekarang hingga 10 Mei, yang mana pengunjung boleh mengambil bahagian dalam permainan menakjubkan dan turut berpeluang memenangi hadiah.

Selain itu, jangan lupa untuk melihat papan iklan 3D gergasi di Pavillion yang menampilkan Unik, kucing ikonik yang turut membintangi Gaya Raya Luar Biasa.

Print

Selain promosi luar biasa, #kakiWatsons juga boleh menikmati resipi sihat raya yang dimasak cef selebriti Buat Orang Lapo dan turut dihiburkan dengan Watsons Glow TV edisi Gaya Raya di YouTube untuk tip dan petua kecantikan Aidilfitri ini.

Apa yang lebih menarik, jangan lupa untuk mencuba filter AR Gaya Raya Luar Biasa dan sticker yang boleh dikongsi dengan keluarga dan rakan-rakan. Ia boleh dimuat turun di sini.

Bukan itu sahaja, Watsons turut tampil dengan usaha murni menyalurkan sumbangan kepada komuniti, terutamanya semasa musim perayaan.

“Watsons Malaysia telah menyumbangkan barangan keperluan, vitamin, barangan rumah, makanan dan sebagainya yang bernilai kira-kira RM120,000 kepada lebih 19 rumah anak yatim dan rumah orang tua pada Ramadan kali ini.

“Kami berharap usaha yang luar biasa ini akan membawa senyuman pada wajah mereka dan menikmati sambutan Aidilfitri yang penuh keberkatan,” tambahnya.

Untuk butiran mengenai kempen dan promosi, layari www.watsons.com.my.

Aplikasi Watsons Malaysia boleh dimuat turun melalui Apple Store, Google Play Store dan Huawei App Store.

Sebagai alternatif, kunjungi pautan ini untuk diskaun sehingga 50 peratus, e-katalog, promo harga ahli, Wajah Berseri Menjelang Raya, Raya Glam Luar Biasa, baucer Koleksi Raya kesihatan dan kecantikan dan GrabPay.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain