suria

Boleh cuba... 3 hobi ini bukan sahaja popular tetapi mampu turunkan degupan jantung dan melegakan stres!

Memancing adalah aktiviti popular yang menenangkan.

APABILA seseorang berada dalam keadaan cemas dan tertekan, ia biasanya akan mempengaruhi hampir setiap sistem dalam tubuh badan seperti degupan jantung yang laju, tekanan darah meningkat dan sebagainya.

Atas sebab itu, ramai daripada kita yang mencari hobi tertentu untuk mengalihkan perhatian terhadap punca tekanan seperti kerja, rutin harian dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Catat rekod dunia... sepinggan kentang goreng ini harganya RM800! Selain kentang dan keju, apa yang buatkan ia mahal?

Hobi bukan sahaja dapat mengisi waktu lapang tetapi membuatkan seseorang berasa tenang dan memberi impak positif kepada kesihatan.

Sebuah kajian yang dilakukan terhadap 2,379 koresponden oleh diy.com juga mendapati ramai memilih untuk mempunyai hobi sebagai cara menghilangkan tekanan.

Aktiviti yang popular disenaraikan termasuklah berkebun, memasak dan melakukan senaman tai chi.

Menerusi kajian itu juga, penyelidik turut meminta 357 lelaki dan wanita dalam lingkungan usia 20-30 tahun untuk mencuba 20 jenis hobi selama beberapa minggu.

Data daripada kajian itu menunjukkan aktiviti mengait paling digemari kerana ia bukan sahaja menenangkan malah menurunkan degupan jantung mereka secara purata 19 peratus.

Selain mengait, berikut adalah tiga jenis hobi yang boleh dilakukan untuk menjaga kesihatan.

Memancing 2

1. Memancing

Sebuah kajian mendapati memancing adalah salah satu hobi paling santai dan dapat menurunkan degupan jantung sebanyak 10 peratus.

Ia juga turut dikaitkan dengan persekitaran kawasan memancing seperti di tepi sungai atau kolam yang mampu memberi ketenangan kepada pemancing.

Sebuah kajian pada 2011 pula menjelaskan suara dan bau alam yang segar turut mampu memberi impak kepada kesihatan dan mood seseorang.

Menulis

2. Menulis

Menulis dalam bentuk jurnal atau blog mampu mengurangkan tekanan kerana menerusi tulisan seseorang mampu meluahkan apa sahaja yang terbuku di dalam hati.

Kajian mendapati menulis dapat menurunkan degupan jantung secara purata 7.5 peratus. Jadi tidak hairan jika hobi ini menjadi pilihan ramai sebagai 'hobi santai'.

Malah ia adalah hobi paling baik ketika pandemik ketika ini sebagai cara mengurangkan serangan anxiety akibat berkurung di dalam rumah dan tidak dapat bertemu keluarga dan rakan-rakan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Melukis

3. Melukis

Sebuah kajian mendapati melukis dapat menurunkan degupan jantung secara purata 3.75 peratus.

Meskipun angka itu tidak besar berbanding mengait atau menulis tetapi melukis memiliki keistimewaan tertentu berbanding hobi yang lain.

Sebuah kajian terapi seni pada 2018 mendapati, melukis bukan sahaja hobi tetapi terapi menghilangkan tekanan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain