suria

Catat rekod dunia... sepinggan kentang goreng ini harganya RM800! Selain kentang dan keju, apa yang buatkan ia mahal?

Kentang goreng yang dihasilkan oleh cef Joe Calderone dan Frederick Schoen-Kiewert ini mendapat pengiktirafan Guiness World Record.

ADA sesetengah orang tidak lokek mengeluarkan wang yang banyak demi makanan enak di restoran termuka, namun sanggupkan anda membayar RM800 hanya untuk sepinggan kentang goreng?

Sebuah restoran di New York iaitu Serendipity2 menjual hidangan itu sehingga ia tercatat dalam Guiness World Record sebagai kentang goreng termahal di dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal jadi kegilaan... Ini 5 sebab kenapa anda perlu jenguk emart24

Menerusi Instagram restoran itu, ia menjelaskan kentang goreng itu dijual bersempena sambutan Hari Kentang Goreng yang disambut pada 13 Julai di Amerika Syarikat.

Tapi apa yang membuatkan hidangan kentang goreng itu dinobatkan sebagai termahal di dunia?

Kentang Goreng 2

Kentang goreng itu turut ditabur emas 23 karat dan parutan keju crete senesi pecorino tartufello.

Menu itu dimasak oleh Ketua Kreatif Serendipity3, Chef Joe Calderone bersama Chef Eksekutif, Frederick Schoen-Kiewert menggunakan kentang chipperbeck selain beberapa ramuan lain termasuk garam truffle guerande dan minyak truffle urbani.

Sebagai pelengkap rasa, kentang goreng itu turut dihiasi dengan parutan keju crete senesi pecorino tartufello.

Tidak hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi, kentang goreng itu juga dihidangkan di atas pinggan kristal serta taburan emas 23 karat yang boleh dimakan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menu ini sendiri bukan yang pertama dibuat Serendipity2 malah sebelum ini mereka pernah tampil dengan menu milkshake, sandwich dan pencuci mulut termahal di dunia!

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain